Pelakon Alec Baldwin Tembak Mati Pengarah Wanita Ketika Lakukan Latihan Babak Filem Rust

Picture
Pelakon Alec Baldwin Menembak Maut Seorang Krew Di Set Filem ‘Rust’

klik ๐Ÿ‘‰ Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Pistol prop yang ditembak oleh Alec Baldwin membunuh wanita di set: polis

Alec Baldwin pelakon terkenal gemparkan dunia lakonan Hollywood apabila tembakan senjata Prop membunuh seorang Kru pengarah sinematografi.

Picture
Pelakon Alec Baldwin tertembak mati kru ketika penggambaran filem Rust

Kejadian itu berlaku sewaktu dia melakukan penggambaran filem di New Mexico dan turut mencederakan pengarah filem ‘Rust’.


Alec Baldwin yang cukup popular dengan watak animasi Boss Baby ketika itu sedang melakukan satu wabak menembak menggunakan pistol palsu dalam filem ‘Rust’.

Picture
Hutchins terbunuh apabila senjata api yang dipegang Alec Baldwin melepaskan peluru hidup [Fail: Swen Studios/edaran melalui Reuters]

Halyna Hutchins, pengarah sinematografi berusia 42 tahun meninggal dunia ketika sedang dirawat di hospital. Pengarahnya pula, Joel Souza berusia 48 tahun cedera.

Picture
Pandangan luar menunjukkan sebuah ambulans diletakkan di Hospital Universiti New Mexico, tempat Pengarah Fotografi "Rust" Halyna Hutchins telah diangkut dan kemudian disahkan meninggal dunia selepas cedera semasa penggambaran, pada 22 Oktober 2021 di Albuquerque, New Mexico. . - Foto AFP

Punca kejadian yang berlaku pada jam 1:50 tengahari itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa. Seorang pegawai Sheriff bagaimanapun turut memaklumkan setakat ini masih belum ada sebarang pertuduhan ke atas Alec Baldwin. Penerbit filem juga masih tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.


PENGARAH Sinematografi Halyna Hutchins terbunuh dalam insiden yang melibatkan pistol prop di set penggambaran di New Mexico pada Khamis.

Menurut Jabatan Polis Santa Fe, tembakan itu berpunca daripada pistol prop pelakon utama Alec Baldwin semasa penggambaran filem terbaharu Rust.


Halyna, 42, disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico.



Selain itu, pengarah filem, Joel Souza, 42, pula cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Christus St Vincent.

Picture
Alec membawa watak utama dalam filem Rust.

"Kami menerima berita buruk hari ini, salah seorang anggota kami, Halyna Hutchins iaitu pengarah sinematografi untuk filem Rust di New Mexico meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami di lokasi penggambaran."

"Perinciannya masih tidak jelas, kami akan membantu siasatan penuh kejadian ini," ujar pengarah eksekutif Rebecca Rhine dalam satu kenyataan.

Anggota polis tiba ke set penggambaran yang terletak di Bonanza Creek Ranch selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.50 petang waktu tempatan.

Polis dalam satu kenyataan mengesahkan dua individu ditembak dalam kejadian itu.

Menurut penyiasat, adegan tersebut melibatkan penggunaan senjata api sebagai prop dan masih menyiasat jenis senjata api yang digunakan.


"Kami telah merakam kenyataan Baldwin dan dia telah dibebaskan.

"Buat masa ini tiada tangkapan dibuat berhubung isu berkenaan," ujar polis.

Set penggambaran tersebut kini ditutup untuk penyiasatan.

Picture
Alec membawa watak utama dalam filem Rust.

Awal bulan ini penggambaran filem Rust disambung semula selepas dihentikan gara-gara penularan Covid-19.

Filem berkenaan melibatkan 75 kru, 22 pelakon dan 230 pelakon tambahan.

Rust ditulis dan diarah oleh Joel Souza, mengisahkan seorang penjenayah dalam buruan Harland Rust dan cucunya yang berusia 13 tahun.

Selain Baldwin filem tersebut turut dibintangi oleh Jensen Ackles, Brady Noon, Frances Fisher dan Travis Fimmel. - THE STAR

SOURCE: mstar , Ohmedia!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik ๐Ÿ‘‰ https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.