Dongeng pari-pari Rihanna
Menjelang usia 21 tahun pada 20 Februari depan, dengan kurang empat tahun bergelar penyanyi, gadis yang berasal dari Barbados, Robyn Rihanna Fenty atau Rihanna mencipta sejarahnya tersendiri.
Dalam tempoh tersebut, dia telah memiliki tiga buah album studio dengan ketiga-tiganya memberi pulangan yang lumayan. Debut perdana yang diberi judul Music of the Sun adalah taruhan yang tepat.
Single Pon de Replay yang disalut dalam jalur reggae dan pop membuat namanya melonjak sebelum album kedua yang menyusul hanya lapan bulan selepas itu menjadikan nama Rihanna semakin dikenali.
SOS yang terkandung dalam A Girl Like Me menjadi 'panas' apabila menduduki tempat pertama dalam carta 100 lagu paling hangat di Australia dan Eropah. Ia disusuli dengan lagu-lagu yang lain seperti Unfaithful dan We Ride yang terus mengukuhkan namanya.
Namun paling mencetus fenomena tentulah lagu Umbrella yang terkandung dalam album ketiganya Good Girl Gone Bad yang lahir pada tahun lalu.
Kemuncaknya, dia diiktiraf dengan pelbagai anugerah termasuk pada Anugerah Muzik Billboard, Anugerah Muzik Amerika, Anugerah Muzik Barbados, Anugerah Teen Choice dan terbaru dinobatkan sebagai pemenang lagu duo/rap terbaik untuk lagu Umbrella menerusi Anugerah Grammy tahun lalu.
Dia sendiri tidak menyangka masa depannya menjadi begitu cerah. Sangkanya, jika tiada sesiapa yang menyedari bakat seni yang ada dalam diri, dia masih lagi bersekolah.
"Mungkin sedang belajar dalam bidang psikologi," begitu kata Rihanna memulakan bicara tentang tuah yang datang bergolek kepadanya pada usia seawal 16 tahun.
Awalnya, anak sulung daripada tiga beradik ini memulakan cita-cita menyanyi dengan menubuhkan trio bersama dua teman sekelas.
Bagaimanapun, rezeki hanya memihak kepadanya sewaktu mereka bertemu penerbit album Evan Rogers yang kebetulan bercuti di kepulauan tersebut bersama isterinya.
Terpesona dengan aura yang dimiliki Rihanna, Evan membawa gadis ini terbang ke Amerika dan bersama Carl Sturken, mereka memulakan 'projek' sebelum Jay Z tertarik dengan kredibiliti Rihanna dan terus menjadikan dia artis naungan Def Jam Recordings.
Nakal bukan jahat
"Kembara ini seperti sebuah cerita dongeng yang menyenangkan," ujar Rihanna menterjemahkan kebahagiaannya menjadi selebriti dalam waktu singkat.
GADIS Barbados ini bersedia mematuhi syarat pemakaian di Malaysia asal dapat membuat persembahan sulung di negara majmuk ini.
Sejak kelahiran Music of The Sun pada tahun 2005 lagi dia sudah diperhatikan. Namun kemunculan Good Girl Gone Bad nyata telah mengubah persepsi khalayak terhadap kenaifan seorang Rihanna. Dan dia sendiri mengakui hal itu.
Malah perubahan imej yang dilakukan tampak lebih berani. Potongan rambut pendeknya menjadi ikutan. Penampilan yang seksi dan sering mengikut musim juga membuat dirinya dijadikan ikon generasi muda.
"Nakal bukan bermaksud tidak baik. Saya kira setiap orang mempunyai persepsi sendiri terhadap perkataan ini. Dalam kes saya, nakal saya melambangkan sedikit pemberontakan dari segi muzik saya.
"Saya mahu muzik saya tidak lagi dalam satu kotak saja. Saya mahu ia lebih progresif, berada dalam tempo yang laju, ada rasa pop juga rock.
"Sementara dari segi imej pula, saya rasa saya tidak nakal. Hanya dua hal ini (kerjaya dan personaliti), saya belajar untuk mengambil risiko.
"Saya mahu keluar daripada kepompong lama. Saya mahu lebih berani," begitu luah Rihanna mengenai perubahan yang dilakukannya.
Seribu teman lelaki
Kesuksesannya sebagai anak seni membuatkan dia tidak punya banyak masa untuk diri sendiri. Kata Rihanna dalam satu temu bual, 99 peratus masanya kini dihabiskan untuk bekerja. Hanya satu peratus merupakan masa yang digunakan untuk mengurus peribadi.
Selepas tiga tahun menjadi terkenal, jadual kerjanya begitu padat sehingga mencuri waktu untuk pulang ke kampung halaman dan menikmati hari-hari indah bersama keluarga sudah lama tidak dapat dikecapi seperti dahulu.
Akuinya, dia terlalu merindukan masa lampau. "Saya kini semakin jauh daripada keluarga, teman dan budaya serta masakan ibu.
"Sukar apabila kebanyakan waktu saya kini hanya bersendirian di bilik hotel sambil menanti waktu bekerja.
"Namun dalam setiap kedukaan ini, saya sebenarnya sedang menjalani sebuah pekerjaan yang menakjubkan yang membuatkan saya sampai ke setiap tempat yang dahulu hanya satu mimpi," jelas Rihanna mengenai kehidupan sebagai selebriti.
Tidak terlepas juga, gadis sepopular dan secantik dia, selalu diterjah dengan gosip berkaitan lelaki.
Antara gosip yang paling melekat dengan dirinya adalah hubungan cinta bersama Jay-Z. Dia juga dikatakan telah keluar berpacaran dengan Chris Brown serta beberapa selebriti lelaki lain.
Hanya ketawa sambil memberitahu dirinya masih solo, kata penyanyi yang juga seorang komposer ini, realitinya dia mempunyai begitu ramai teman lelaki.
"Saya hanya punya tiga teman wanita dan beribu-ribu teman lelaki. Saya lebih suka berkawan dan berborak dengan lelaki kerana mereka lebih memahami dan tidak memeningkan.
"Tapi untuk masa sekarang, saya senang dengan status solo," akui Rihanna.
Bagaimanapun dia tidak menolak untuk bercinta apabila bertemu dengan lelaki yang sesuai. Lelaki yang bakal menjadi belahan jiwanya itu, menurut pemahaman dan kehendak penyanyi ini harus mampu membuat dia ketawa, bahagia serta membawa aura yang menyenangkan.
Tolak pembedahan plastik
Selain kehebatannya sebagai seorang penyanyi, hal yang selalu menjadikan Rihanna hangat adalah bentuk badannya yang menggiurkan. Terutama pada bahagian kakinya yang selalu mendapat pujian.
Namun penyanyi yang mempunyai guru senam peribadi ini tidak menyukai kakinya. Biar selalu menyarung seluar pendek atau skirt mini, hakikatnya bahagian kaki adalah bahagian yang paling tidak digemarinya.
"Saya tak suka kaki saya dan berasa tak selesa dengan kaki saya kerana saya melihat kaki perempuan lain lebih cantik," katanya serius.
Namun itu tidak bererti dia mahu melakukan sesuatu termasuk pembedahan plastik yang dianggapnya sebagai tidak perlu buat masa 20 hingga 25 tahun mendatang.
"Saya akan berusaha untuk menjalani kehidupan natural sebaik mungkin," katanya lagi.
Sementara itu, 13 Februari ini bakal melakar sejarah tersendiri buat Rihanna juga peminatnya. Penyanyi fenomena yang menewaskan Beyonce dalam anugerah Muzik Amerika tahun lalu ini bakal menghangatkan Malaysia dengan konsert jelajah perdananya Rihanna Live In KL 2009.
Biar sempat diancam boikot, konsert yang dibawa oleh Pineapple Concert Sdn. Bhd dengan tajaan Celcom ini tetap akan diteruskan. Sementelah penyanyi ini sendiri berikrar untuk tidak melanggar etika yang ditetapkan.
Bakal menghiburkan khalayak dengan untaian lagu hit daripada ketiga-tiga album sebelum ini, Rihanna akan tampil sopan, sesuai dengan budaya Asia.
Kehadiran penyanyi itu bersama kekasihnya Chris pada Februari depan masih jadi teka teki. MASIH utuh mengunci mulut daripada bercerita kisah percintaannya dengan penyanyi Chris Brown.
BIARPUN terus diasak, penyanyi kelahiran Barbados yang sedang mendaki puncak populariti, Rihanna cuma membisu setiap kali diajukan kepastian mengenai hubungan cinta yang dijalin bersama penyanyi muda, Chris Brown.
Bahkan penyanyi berusia 20 tahun yang cukup masyhur dengan lagu Umbrella dan Don’t Stop The Music itu, sepakat dengan Chris, 19, untuk sentiasa menafikan antara mereka terjalin ikatan perasaan yang istimewa.
Penafian itu menjebakkan mereka dalam spekulasi cinta yang seakan tidak ingin menemui noktah. Terbaru pasangan itu dilaporkan menjalin ikatan pertunangan apabila Rihanna dilihat memakai sebentuk cincin bertatahkan berlian besar ketika berada di London.
Akhbar tabloid The Sun melaporkan, Chris yang dinamakan sebagai artis paling berpengaruh sepanjang 2008 berdasarkan penjualan album dan muat turun lagu nyanyiannya melamar Rihanna ketika mereka menjayakan persembahan bersama untuk menyambut tahun baru di O2 Arena.
Berita pertunangan mereka diperkuatkan lagi apabila gambar Rihanna menghabiskan masa bersama keluarga Chris ketika Krismas tersebar di internet.
Rihanna yang selama ini meraikan Hari Natal bersama keluarganya di Barbados, berkorban mengetepikan tradisi itu sebaliknya gembira merayakannya bersama keluarga Chris di Goochland, Virginia.
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Disturbia itu dilaporkan turut membawa sebahagian anggota keluarganya dalam percutian itu.
Beberapa keping foto peribadi Rihanna yang mengenakan gaun belang berkait sedang memeluk Chris mula tersebar di laman sesawang, membuatkan media semakin agresif mencari kepastian.
Biar apa juga spekulasi yang melingkari perjalanan kariernya, populariti yang dicipta Rihanna sejak mula melakar nama pada 2005 terus mekar dan mengharum.
Penerima trofi Lagu Gandingan Rap Terbaik untuk Anugerah Grammy 2008 menerusi lagu Umbrella ini berterusan diburu kesibukan, apabila siri kedua konsert jelajah dunia sempena promosi album ketiganya, Good Girl Gone Bad masih berlangsung.
Siri kedua konsert yang mempunyai tiga pusingan dengan 61 persembahan berjalan sejak enam bulan lalu, bermula di Kanada turut menampilkan Chris sebagai artis jemputan.
Pasangan itu pernah menjayakan 11 persembahan bersama di New Zealand dan Australia, selain di Filipina.
Apa yang menjadi persoalan, apakah Chris akan muncul bersama kekasihnya itu ketika Rihanna menghiburkan peminatnya dalam konsert Rihanna Live In KL 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 13 Februari ini?
Selain Kuala Lumpur, Rihanna juga memilih untuk mengadakan persembahan di Jakarta selepas menghiburkan peminatnya dalam siri pertama konsert itu di Singapura, November lalu.
Perjalanan manis Rihanna
SIAPA mampu menafikan pengaruh besar yang dicipta penyanyi muda ini yang menghadiahkan pencinta industri hiburan menerusi album pertamanya, Music Of The Sun pada 2005.
Album itu melonjakkan namanya menerusi single, Pon de Replay lantas mempercepatkan pengedaran album keduanya, A Girl Like Me, kurang setahun selepas Music Of The Sun dilahirkan.
Terus memperkasakan popularitinya dengan lagu, SOS namun kemuncak karier nyanyian Rihanna hanya dirasai menerusi kelahiran album ketiga, Good Girl Gone Bad yang menemui khalayak pada 2007.
Gandingannya bersama Jay-Z, Ne-yo, Timbaland dan StarGate menghadiahkan Rihanna enam single hit termasuk Umbrella, Disturbia, Don’t Stop The Music dan Take A Bow.
Kejayaan Good Girl Gone Bad yang melakar pelbagai catatan manis termasuk menjulang trofi Anugerah Grammy meletakkan Rihanna pada kedudukan selesa dengan penjualan single dan album melebihi 10 juta salinan.
Bahkan, sejak melancarkan album perdananya gadis dari negara Kepulauan Carribean itu berjaya menghasilkan 11 single untuk bertakhta dalam senarai Top 40 di Amerika Syarikat selain memenangi 43 anugerah.
Malah dia mencatat sejarah sebagai penyanyi pertama dari Barbados yang membawa pulang Anugerah Grammy. Memiliki pakej lengkap untuk mencipta kecemerlangan, tidak mustahil jika pengaruh Rihanna diramalkan akan terus menguasai pentas antarabangsa untuk beberapa tahun mendatang.
Info:
# TIKET untuk menyaksikan Rihanna Live In KL 2009 yang dibawakan Pineapple Concerts Sdn Bhd mula dijual sejak 5 Januari lalu di semua rangkaian Axcess Tickets. Tiket berharga RM128, RM158, RM198, RM288 dan RM328. Untuk tempahan, hubungi 03 7711 5000 atau layari laman sesawang: www.axcess.com.my.
# Turut dijual tempat duduk premium dan korporat di mana sumbangan akan disalurkan ke tabung Force Of Nature Aid Foundation. Pertanyaan mengenainya boleh dibuat dengan menghubungi 03 2780 7010.
Profil:
Nama Penuh: Robyn Rihanna Fenty
Tarikh Lahir: 20 Februari 1988
Umur: 20 tahun
Asal: Saint Michael, Barbados
Album: Music of the Sun (2005), A Girl Like Me (2006) dan Good Girl Gone Bad (2007)
Filem: Bring It On: All Or Nothing (2006)
Rihanna teruja ke KL
SEBELUM ini kontroversi membabitkan penganjuran konsert Beyonce Knowles di Kuala Lumpur timbul apabila pemenang lima anugerah Grammy bagi kategori R&B Pop itu enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Perkara itu menyebabkan bintang yang kini ‘hangat’ dengan lagu If I Were A Boy, menarik diri daripada meneruskan konsertnya di sini dan memilih Jakarta, Indonesia sebagai lokasi ganti.
Isu penarikan diri itu turut mendapat liputan meluas termasuk di tanah kelahiran Beyonce, Amerika Syarikat dan disiarkan Entertainment News (E! News).
Konsert seorang lagi pemenang anugerah Grammy yang kini semakin mencipta nama, Robyn Rihanna (Rihanna) Fenty, 21, di Kuala Lumpur, pada 13 Februari, jam 8.30 di Stadium Putra Bukit Jalil dibimbangi akan mengalami nasib sama.
Rihanna memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi untuk rangka konsert jelajahnya bagi siri kedua.
Sebelum ini dalam jelajah konsert siri pertama, penyanyi yang mula melonjak namanya menerusi lagu Umberella itu membatalkan konsertnya di Jakarta dan hanya melakukan persembahan selama 45 minit di Singapura.
Bagaimanapun dalam sidang akhbar bagi mengumumkan kerjasama dijalin penganjur, Pineapple Concerts Sdn Bhd (PCSB) bersama Celcom X-Pax selaku penaja rasmi, mereka menyatakan perkara itu tidak mungkin berlaku berdasarkan maklum balas diberikan agensi pengurusan konsert penyanyi itu.
Pengarah Urusan PCSB, Razman Razali, berkata kod etika yang harus dipatuhi penyanyi itu untuk mengadakan konsert di sini sudah dihantar kepada agensi pengurusan konsert penyanyi berasal dari Bahamas itu dan ia nampaknya positif.
“Rihanna menerimanya dengan hati terbuka dan tidak ada sebarang bantahan atau ketidakpuasan hati dinyatakan kepada pihak kami. Rasanya masalah terbabit tidak mungkin berlaku berdasarkan perjanjian awal diberikan.
“Namun saya enggan memberikan komen mengenai apa yang berlaku pada masa akan datang tetapi daripada maklum balas, Raihanna menyatakan perasaan terujanya untuk datang ke sini dan menghiburkan peminatnya,” katanya.
Menyentuh mengenai pembatalan konsert penyanyi itu di Jakarta, akhir tahun lalu yang dibuat pada saat akhir, jelas Razman, ia berlaku atas nasihat kerajaan Amerika Syarikat memandangkan keadaan tidak menentu di sana waktu itu.
“Tidak salah saya, pada tarikh konsert Raihanna dijadualkan berlangsung, hukuman terhadap pesalah pengeboman di Bali turut dilakukan. Ia menimbulkan kebimbangan kepada Amerika, sekali gus menasihati penyanyi itu agar membatalkan konsert dirancang,” katanya.
Menurut Razman, walaupun kaunter tiket baru saja dibuka tetapi jualannya cukup memberangsangkan dan hingga kini, suku daripada kapasiti jumlah penonton dewan stadium sudahpun dijual.
Sebagai penaja rasmi konsert ini, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Malaysia Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly menjelaskan, pelbagai promosi sudah diatur, sekali gus memberi peluang kepada pengguna X-Pax untuk mendapatkan tiket dengan harga rendah.
“Kepada pengguna X-Pax, mereka berpeluang membeli tiket konsert dengan potongan harga sebanyak 30 peratus.
“Apa yang perlu mereka lakukan, mendaftar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip REGRIH dan hangat ke 28881. Apabila menerima maklum balas, mereka harus membeli isian semula dengan harga RM10 dan seterusnya membolehkan mereka menerima baucar potongan harga.
“Selain itu, pelbagai lagi aktiviti promosi dan peraduan dibuat iaitu pengguna bertuah seramai 400 orang berpeluang menyambut ketibaan Rihanna di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Mereka juga boleh mengiringinya ke hotel tetapi lokasinya saya harus rahsiakan buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan, dengan kerjasama dilakukan, Rihanna akan berasakan disambut seperti puteri oleh peminatnya di sini tanpa pengetahuannya.
“Lebih menarik, sehari sebelum konsert berlangsung, satu sidang media khas akan berlangsung. Saya turut diberi ruang untuk berucap, namun saya mahu memberikan waktu saya membuat ucapan itu kepada peminat bertuah.
“Mereka yang terpilih akan tampil menggantikan saya dan ucapkanlah apa juga yang mahu diluahkan kepada penyanyi kesayangan mereka itu,” katanya.
Peminat boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan Rihanna dengan harga RM128, RM158, RM198, RM288 dan RM328 di www.axcess.com.my atau di semua cawangan Axcess.