Jangan risau, saya okay – Amber Chia
MODEL dan pelakon, Amber Chia yang baharu selesai menjalani pembedahan di kepala akibat jatuh tangga memaklumkan tidak mengalami pendarahan dalaman.
AMBER CHIA memaklumkan keadaan terkininya dan meminta orang ramai tidak risau dengan keadaannya.
Pagi tadi selebriti berusia 41 tahun itu mengundang kerisauan ramai apabila memuat naik gambar dirinya terlantar di sebuah pusat perubatan swasta.
Bersama kapsyen memaklumkan mengalami kemalangan kecil berikutan pitam, Amber turut menyatakan sedang menunggu proses pembedahan.
“Jangan risau sebab berdasarkan CT scan, tiada pendarahan cuma luka terlalu besar, jadi kena jalani pembedahan.
“Terima kasih kerana mesej dan risaukan saya. Saya dah okay dan sedar,” luahnya.
RAMAI sahabat dan peminat risau apabila mengetahui Amber Chia jatuh dan dikejarkan ke hospital.
Amber turut menunjukkan kesan jahitan luka di kepalanya dalam Insta Story.
Menurut ibu kepada seorang anak itu lagi, hakikatnya dia sendiri kurang pasti mengenai kejadian yang menimpanya.
“Semalam blackout (pitam), tak tahu apa jadi. Bila sedar sudah berada di hospital,” jelasnya.
Dalam insiden yang difahamkan berlaku malam tadi, pelakon Hantu Gangster itu dibawa ke hospital oleh pengurusnya.
Ramai rakan mendoakannya segera sembuh termasuk lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan aktres Hong Kong, Elena Kong. – HIBGLAM
SOURCE: Hibglam.com.my
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date