Si licik Chris Brown guna khidmat 'spin doctor' Paris Hilton selesai masalah
PANDAI buat, pandailah tanggung. Agaknya itulah tekanan emosi yang sedang dirasakan oleh penyanyi rap Chris Brown setelah episod membelasah kekasihnya Rihanna tempoh hari.
Rihanna yang cedera teruk telah diberi rawatan di hospital dan pihak polis telah membuat penyiasatan kes yang diklasifikasikan sebagai 'keganasan rumahtangga.'Brown yang dibebaskan setelah diikat jamin, kini terpaksa memikirkan cara untuk melepaskan dirinya dari kemelut yang sedang dihadapi.
Licik juga rapper berusia 19 tahun ini kerana telah mendapatkan khidmat Mike Sitrick, yang dulunya 'spin doctor' Paris Hilton bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.
Bukan setakat kawan artis, peminat Rihanna dan juga radio stesen sudah mula menunjukkan protes dan memulaukan Brown atas sikapnya yang kasar dan biadap itu. Rihanna masih dalam persembunyian dan diam seribu bahasa.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date