Rapper terkenal yang juga merupakan tunang kepada Kim Kardashian, Kanye West baru-baru ini dilaporkan memberi syarahan kepada pelajar di Universiti Harvard.
Kehadiran Kanye di situ bukan untuk membicarakan mengenai muzik sebaliknya dia memberikan ‘talk’ mengenai rekaan yang diinspirasikan oleh jenamanya, DONDA Design Lecture.
Malah kehadiran Kanye turut ditemani Kim yang sangat berbangga dengan pencapaian tunangnya
yang berpeluang memberikan syarahan kepada pelajar-pelajar di Harvard Graduate School of Design.