Katy malu berbogel

BAGI sesetengah selebriti, beraksi di hadapan kamera tanpa seurat benang pada tubuh barangkali menjadi perkara terbiasa buat mereka. 

Bezanya, bagi penyanyi Katy Perry, dia masih berfikiran konservatif soal bergambar bogel. 


Untuk memperlihat sebahagian anggota badannya buat tatapan percuma orang ramai dianggap tidak menjadi masalah kepada Katy. Cuma, dia sentiasa berpegang prinsip tidak mengambil gambar dalam keadaan bertelanjang.

"Luarannya, saya nampak nakal dan liar. Tetapi, jurugambar tahu saya tidak sesekali akan beraksi untuk majalah Playboy.

Kalau tidak punya pilihan dan diarah berbogel, saya akan melakukan stail Dita Von Teese," jelasnya spontan.

Selepas mendirikan rumah tangga Katy ingin menghabiskan seluruh hayatnya bersama sang suami, Russell Brand, jelas Katy, ia sudah menjadikan dia sebagai wanita paling seksi dalam dunia ini tanpa mampu diganggu gugat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.