FILEM MENDIANG PAUL WALKER KEMBALI DALAM FILEM GANAS, BRICK MANSIONS 25 APRIL 2014 !

FILEM MENDIANG PAUL WALKER KEMBALI DALAM FILEM GANAS, BRICK MANSIONS 25 APRIL 2014 !

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


FILEM MENDIANG PAUL WALKER KEMBALI DALAM FILEM GANAS, BRICK MANSIONS 25 APRIL 2014!

Filem baru Paul Walker bakal mengubat rindu peminatnya dalam filem Brick Mansions.

umum Peminat industri hiburan Hollywood pastinya masih terasa akan kehilangan pelakon yang sangat berbakat dan hebat iaitu Paul Walker. Sehingga ada yang menyifatkan pemergian Paul Walker terlalu awal dan sukar diterima yang mendiang mati dalam usia yang masih muda.

Walaupun mati dalam usia 40 tahun, pada 30 November 2013, Paul Walker sempat menyumbangkan lakonan terakhir dalam sebuah filem aksi yang dilakonkan sepenuhnya sebelum dia terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

Picture
Filem baru Paul Walker bakal mengubat rindu peminatnya dalam filem Brick Mansions.

Filem Brick Mansions ini turut menampilkan aksi-aksi stunt Paul yang menarik dan penuh bergaya serta turut dibintangi oleh David Belle dan RZA.

Dalam filem ini, Paul Walker memegang watak Damien Collier, seorang pegawai yang menyamar dalam satu kumpulan yang ingin meletupkan bom.

Filem ini juga memaparkan pelbagai adegan aksi menarik termasuk adegan kejar-mengejar menggunakan kereta.

Picture
Umum tahu Paul Walker sememangnya terkenal dengan aksi lumba kereta menerusi filem lakonanya ‘Fast & Furious’ dan dalam filem ini, peminat dapat melihat Walker sangat teruja memandu sebuah Ford Mustang dalam satu babak kejar mengejar.

Sama-samalah kita nantikan filem yang bakal menemui penonton 25 April 2014 ini.

Peminat yang merindui lakonan hebat Walker, jom lihat dulu trailer filem terakhir lakonan Walker ini. -OhBulan!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.