9 Gambar Shah Rukh Khan Bertongkat Tiba Di KLIA

9 Gambar Shah Rukh Khan Bertongkat Tiba Di KLIA

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


9 Gambar Shah Rukh Khan Bertongkat Tiba Di KLIA

HM difahamkan raja romantik Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira- kira jam 7.40 pagi tadi lapor Malaysiandigest. Pelakon terkenal itu tiba dari Mumbai dengan menaiki pesawat MH195.

Apa yang menarik perhatian HM, selepas lebih 1 jam menanti, SRK mula kelihatan berjalan keluar dari bilik VIP pada jam 9 pagi dengan memakai tongkat. Ini mungkin disebabkan atas kecederaan yang dialami beliau apabila dihempap pintu semasa menjalankan penggambaran filem Happy New Year baru-baru ini.

Walaupun kelihatan letih, SRK tetap berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar dan memberikan tandatangan buat para peminatnya.

Sejurus selepas itu beliau terus menuju masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes dan berlalu pergi ke hotel.

Beliau difahamkan tiba bersama dua heroin terkenal Bollywood Madhuri Dixit, Rani Mukherji juga YoYo dan Arijit Singh.

SRK dan teman-temannya hadir ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert ‘Temptation Reloaded Live in Malaysia Featuring Datuk Shah Rukh Khan & Stars’ yang akan berlangsung esok, bertempat di Stadium Merdeka. Konsert tersebut dianjurkan oleh 2Spicy Entertainment dan Hitman Solution Sdn Bhd.

Jom layan beberapa keping gambar selanjutnya..










Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.