Anne Hathaway dipatuk burung kakak tua


Anne Hathaway bergambar ketika dipatuk burung kakak tua dalam majlis perasmian Walk of Fame di Miami, Amerika Syarikat, baru-baru ini. - AGENSI

LOS ANGELES - Aktres Hollywood, Anne Hathaway dipatuk burung kakak tua di bahagian kepalanya ketika dia bergambar dengan burung itu dalam sebuah majlis perasmian Walk of Fame di Miami, baru-baru ini


Menurut laman web, webpronews.com, burung kakak tua berkenaan diletakkan di bahu Hathaway ketika haiwan itu mula mengutil rambut dan kulit kepalanya dengan paruh, namun aktres tersebut bersikap profesional dan terus bergambar dengan burung itu.

Burung kakak tua itu kemudian dibawa pergi dan digantikan dengan tenggiling putih sebelum haiwan itu menyondol telinga aktres itu dan menyebabkan Hathaway berteriak.

Beberapa aktor filem animasi, Rio 2 turut berada di tempat kejadian antaranya Jamie Foxx, Kristen Chenoworth dan Jemaine Clement.

Hathaway turut meminjamkan suaranya untuk filem animasi tersebut untuk watak Jewel yang merupakan burung kakak tua..
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.