Tragedi MH370: Selebriti China Macam Orang bodoh Kritik Malaysia


MH370: Selebriti China dikecam hebat

BEIJING 1 April - Beberapa selebriti China yang mengkritik dan menyalahkan kerajaan Malaysia berhubung cara pengendalian tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu terus mendapat kecaman pelbagai pihak semalam.


Menurut laporan South China Morning Post, beberapa pengkritik terkenal antaranya Pan Caifu dan Zhao Chu membidas selebriti China dan segelintir pengguna Internet yang mengeluarkan kenyataan tidak berasas ke atas Malaysia serta menyifatkan perbuatan mereka itu sebagai tindakan 'orang bodoh'.

“Pan turut menyatakan bahawa kenyataan negatif beberapa selebriti China seperti Chen Kun dilihat tidak bertanggungjawab kerana ia menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai," jelas laporan itu.-AGENSI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.