Vitalii Sediuk tumbuk muka Brad Pitt



Peminat tumbuk muka Brad Pitt

Pelakon Brad Pitt ditumbuk di muka malam kelmarin ketika menandatangani autograf peminatnya pada tayangan perdana filem Maleficent lakonan pasangannya, Angelina Jolie.

Seorang lelaki tiba-tiba melompat melepasi halangan di luar Teater El Capitan dan menyerang aktor itu pada penayangan pertama filem berkenaan, kata anggota polis Los Angeles, Sarjan Leonard Calderon, menurut CNN.


Tidak terganggu 


CNN berkata, Pitt atau Jolie tidak terganggu dengan kejadian itu.



Polis menahan suspek yang dikenali sebagai Vitalii Sediuk, 25, menurut Los Angeles Times.











Ia berkata, motif serangan tidak diketahui. Menurut CNN, penyerang boleh didakwa cuba mencederakan. AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.