Foto Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Brad Pitt & Angelina Jolie

Foto Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Brad Pitt & Angelina Jolie

Selepas melangsungkan perkahwinan secara rahsia di estet milik mereka di Perancis, Brad Pitt dan Angelina Jolie telah memberikan hak eksklusif liputan perkahwinan bersejarah mereka kepada dua majalah terkenal, People dan Hello!

Menerusi dua muka depan majalah yang bakal berada di pasaran sedikit masa lagi, Angelina dilihat elegan mengenakan gaun daripada rumah festen Atelier Versace hasil rekaan daripada rakan baiknya, Luigi Massi.


Lebih menarik, 'veil' yang digayakan merupakan hasil daripada lakaran lukisan keenam-enam anak mereka sebelum disulam di kain sekali gus membentuk hasil seni yang menarik sekali.


Selain itu, anak-anak mereka juga terlibat secara langsung dalam majlis ini. Maddox dan Pax bertindak sebagai pengiring Angelina, Zahara dan Vivienne sebagai 'flower girl', manakala Shiloh dan Knox pula menjadi pembawa cincin.


Difahamkan, majlis yang dihadiri oleh 20 orang ahli keluarga dan rakan terdekat berlangsung santai sekali.


'Power couple' Hollywood ini mula menjalinkan hubungan sejak 2005 selepas digandingkan bersama menerusi filem ‘Mr & Mrs Smith’.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.