Selepas seminggu terlantar di hospital selepas mengalami serangan jantung, Joan Rivers di usia 81 tahun telah meninggal dunia pada Khamis (4 Sept) waktu tempatan.
Anak perempuan Joan Rivers, Melissa Rivers mengumumkan perkara tersebut kepada media yang ibunya sudah tiada dan dalam suasana hiba, beliau sendiri tidak percaya akan pemergian ibunya.“Dengan kesedihan yang mendalam saya mengumumkan meninggalnya ibunda saya, Joan Rivers. Dia meninggal dengan tenang pada pukul 11.17 pagi dikelilingi keluarga dan rakan rakan terdekatnya,“ ujar Melissa seperti dipetik CNN.
Joan Rivers telah berada dalam sistem sokongan hayat di hospital sejak nafas beliau berhenti tiba tiba di klinik Yorkville Endoscopy, Khamis minggu lalu.
Pengacara program Fashion Police ini pernah mencetus kontroversi apabila beliau melontar satu komen kontroversi berkaitan serangan Israel terhadap Gaza tidak berapa lama dahulu.
Beliau mengatakan korban warga Palestin memang wajar mati dan terus menghina.
“Mereka yang terbunuh adalah orang-orang dengan IQ rendah,“ kata beliau.
Apa pun semoga tenang di sana dan selamat jalan Joan Rivers.