Pasangan Avril Lavigne dan Vokalis Nickelback Chad Kroeger bakal bercerai

Pasangan Avril Lavigne dan vokalis Nickelback Chad Kroeger bakal bercerai

Pasangan suami isteri, Avril Lavigne dan vokalis kumpulan Nickelback, Chad Kroeger dilaporkan bakal berpisah selepas setahun berkahwin.

Seperti dilaporkan oleh Us Weekly, satu sumber memberitahu Kroeger sudah memberitahu orang bahawa mereka bakal bercerai tidak lama lagi.

Walaupun perkahwinan mereka dikatakan bermasalah, pasangan ini tidak pernah menunjukkannya kepada umum.

Malah pelantun lagu "My Happy Ending" ini memuji dan gembira dengan cincin pemberian Kroeger sempena hadiah ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada Julai lalu.

Kroeger, 39, telah melamar Lavigne, 29, pada Ogos 2012 selepas menjalinkan hubungan cinta selama sebulan.

Pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan secara intim di Selatan Perancis pada Julai 2013.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Kroeger dan kedua buat Lavigne. Sebelum ini Lavigne pernah mengahwini vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley dari tahun 2006 hingga 2010.

Dia juga pernah bercinta dengan adik tiri kepada Kim Kardashian, Brody Jenner selama dua tahun sebelum berpisah pada Januari 2012.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.