Penyanyi Jennifer Lopez dan teman baiknya, pelakon Leah Remini telah terlibat dalam kemalangan kecil yang melibatkan seorang pemandu mabuk.
Menurut laporan New York Daily News, berita tersebut dikongsikan oleh pelantun lagu "Booty" ini di laman sosial Instagram miliknya.Lopez dikatakan duduk bersebelahan Remini yang ketika itu sedang memandu dan berhenti kerana lampu merah sebelum seorang lelaki mabuk melanggar kereta mereka dari belakang dan melarikan diri.
Anak kembar Lopez, Emme dan Max, 6 tahun, bersama anak Remini, Sofia, 10, turut dilaporkan berada dalam kereta ketika kejadian tersebut berlaku.
Salah seorang daripada mereka telah membuat laporan polis dan pemandu tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa di kawasan berdekatan dengan kejadian dan disahkan memandu di bawah pengaruh alkohol.