Hubungan Aktor Liam Hemsworth & aktres dan penyanyi Miley Cyrus kekal baik

Hubungan Liam & Miley kekal baik

Aktor Liam Hemsworth menegaskan perpisahannya dengan aktres dan penyanyi Miley Cyrus bukanlah seteruk yang disangkakan ramai.

"Tiada apa yang perlu dikatakan. Ia bukanlah satu perpisahan yang teruk," ujar aktor filem "The Hunger Games" ini seperti dipetik daripada majalah Nylon.

Pasangan ini dikatakan masih mengekalkan hubungan yang baik walaupun sudah putus tunang tahun lalu.

Hemsworth, 24, dan Cyrus, 21, mula berkenalan pada tahun 2009 di set penggambaran "The Last Song" dan mengikat tali pertunangan pada 2012.

Selepas berpisah, pasangan ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan orang lain walaupun tiada pengesahan dibuat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.