Pasangan Justin Bieber dan Selena Gomez didakwa pergi bercuti di Kepulauan Saint Martin di Carribbean

Pasangan Justin Bieber dan Selena Gomez didakwa pergi bercuti di Kepulauan Saint Martin di Carribbean

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Justin Bieber & Selena Gomez pergi bercuti bersama?

Status hubungan sebenar pasangan muda ini masih lagi menjadi persoalan memandangkan mereka dilihat kembali bersama sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Terbaru Justin Bieber dan Selena Gomez dikatakan telah pergi bercuti di Kepulauan Saint Martin di Carribbean pada hujung minggu lalu.

Walaupun tiada gambar mereka bersama, Bieber dan Gomez sering memuat naik gambar mereka bersendirian ketika percutian tersebut di laman sosial Instagram masing-masing.



Bieber dan Gomez enggan memberi kenyataan mengenai status hubungan mereka, tetapi sumber terdekat pasangan ini memberitahu Us Weekly bahawa mereka masih muda dan hanya ingin bergembira.

Bagaimanapaun pelantun lagu "Heartbreaker" ini dilihat keluar makan malam bersama bintang televisyen realiti dan model Kendall Jenner pada Selasa.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.