Mengejutkan! Jessica Jung disingkirkan daripada Kumpulan Girls' Generation


Mengejutkan! Jessica Jung disingkirkan daripada Kumpulan Girls' Generation

Kumpulan wanita K-pop terkenal Girls' Generation mengejutkan peminat mereka dengan menyingkirkan Jessica Jung yang merupakan salah seorang bintang dalam kumpulan itu.

Dipetik daripada pelbagai laporan media tempatan, Jessica turut terkejut apabila diberitahu oleh lapan ahli kumpulan lain dan juga agensi bahawa dia bukan lagi salah seorang ahli Girls' Generation.

"Saya sangat kecewa, Cinta dan kepentingan saya adalah untuk GG tetapi tanpa sebab munasabah, saya telah disingkirkan keluar," ujar wanita berusia 25 tahun itu di laman sosial Weibo miliknya.

Walaubagaimanapun agensinya iaitu SM Entertainment menegaskan Jessica pernah memberitahu hasratnya untuk keluar daripada Girls' Generation pada awal tahun ini bagi memberi perhatian terhadap perniagaan fesyennya yang baru dilancarkan.

Jessica terkejut apabila dia disingkir keluar dari Girls' Generation tanpa sebab munasabah.

"Memandangkan kumpulan ini mempunyai kepentingan lain dan Jessica telah memulakan jenama fesyennya sendiri, kami membuat kesimpulan bahawa kita tidak boleh meneruskan kumpulan ini seperti ini," ujar SM Entertainment dalam satu kenyataan.

Girls' Generation akan tetap diteruskan dengan lapan ahli kumpulan.

Jessica yang dilahirkan dan dibesarkan di San Francisco melancarkan jenama BLANC pada Ogos tahun ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.