Nampaknya Cameron Diaz dan Nicole Richie bakal bergelar ipar tidak lama lagi!
Seperti dipetik daripada laporan People, Diaz dan kekasihnya, Benji Madden telah pun mengikat tali pertunangan baru-baru ini dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Seorang teman rapat mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu semua rakan Madden teruja dengan berita gembira tersebut.
Penyanyi rock kumpulan Good Charlotte berusia 35 tahun ini telah menghabiskan masa bersama keluarga Diaz di Florida pada awal tahun ini dan dikatakan mengikut adat tradisional dengan meminta izin daripada keluarga untuk mengahwini aktres itu.
Sebelum ini pereka fesyen dan sosialit Nicole Richie yang mengahwini kembar Benji iaitu Joel Madden telah mendedahkan bahawa dia memperkenalkan pasangan tersebut yang mula menjalin hubungan cinta sejak Mei lalu.
[Sumber Foto: Ace Showbiz]