Filem yang perlu anda tonton sempena Perayaan Krismas 2014


Filem 2014 yang perlu anda tonton sempena Krismas

Apabila tibanya perayaan Hari Krimas atau pun Hari Natal, pasti anda akan teringatkan filem-filem klasik Krismas seperti "The Grinch", "The Santa Clause", "Scrooged", "Home Alone", "Elf" dan banyak lagi.




Musim perayaan ini merupakan masa yang terbaik untuk menonton kesemua filem klasik Krismas bersama yang tersayang. Anda boleh dapatkan kesemua filem tersebut di YouTube, kedai DVD dan pastinya akan ditayangkan di televisyen sempena musim perayaan ini. Walaupun sudah banyak kali menonton filem klasik Krismas ini sehingga kita mampu mengingati babak-babak yang menyeronokkan, namun ianya sudah menjadi rutin untuk menonton kembali filem-filem ini setiap tahun.

Ianya perkara yang bagus untuk mengekal rutin tersebut setiap tahun, tetapi bagus juga jika sekali-sekala kita lari sedikit dari tradisi yang diamalkan. Daripada menonton filem yang anda sudah tonton lebih dari seribu kali di rumah, apa kata anda habiskan sambutan hari Krismas bersama yang tersayang di pawagam yang berdekatan untuk menontotn filem keluarga terbaik tahun 2014.

Ini antara filem keluarga terbaik yang sesuai ditonton sempena perayaan Krismas ini.

Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day



Filem ini mengisahkan seorang budak lelaki Alexander Cooper yang berusia 11 tahun yang selalu tidak bernasib baik dan percaya bahawa setiap hari merupakan hari malang baginya. Keluarganya pula menganggap kepercayaannya itu karut memandangkan mereka tidak pernah mengalami hari malang. Jadi, pada ulang tahunnya yang ke dua belas, dia berharap agar keluarganya ditimpa malang.

Filem arahan Miguel Arteta ini dibintangi oleh Ed Oxenbould sebagai Alexander, Steve Carell, Jannifer Garner, Dylan Minette dan Keris Dorsey.

Filem ini berdasarkan sebuah buku kanak-kanak yang dihasilkan pada tahun 1972 oleh Judith Viorst's dengan tajuk yang sama. Filem yang menggambarkan kerjasama dan ikatan kekeluargaan ini merupakan filem yang sangat menyeronokkan dan sesuai ditonton oleh seluruh keluarga sempena Krismas ini. Filem ini juga membuktikan tidak kira apa yang terjadi 'terrible, horrible, no good, very bad day', setiap keluarga perlu bersatu antara satu sama lain.

Paddington



Berdasarkan karakter daripada buku animasi kanak-kanak daripada Michael Bond, filem Paddington mengisahkan pengembaraan beruang Peruvian yang bernama Paddington. Apabila dia mendapati bahawa dia sesat seorang diri di kota London, Paddington diambil oleh sebuah keluarga Brown yang penyayang dan baik hati. Walaubagaimana pun, Paddington diancam bahaya oleh penjaga muzium, Millicent.

Pelakon Ben Whishaw memainkan suara untuk beruang comel Paddington, manakala Nicole Kidman menyumbangkan suara untuk Millicent yang jahat. Hugh Bonneville, Sally Hawkins, Madeleine Harris, dan Samuel Joslin pula memainkan watak keluarga Brown.

Filem ini juga akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan sempena musim perayaan ini. Sangat sesuai ditonton dan komedi yang dipaparkan sangat sesuai untuk semua pringkat umur.

The Hobbit: The Battle of the Five Armies



Filem ini merupakan sekuel ketiga dan pengakhiran untuk filem "The Hobbit". Filem ini berdasarkan sebuah buku penulisan J.R.R. Tolkein "The Hobbit". Filem ini merupakan sambungan daripada filem kedua iaitu "The Hobbit: The Desolation of Smaug" di mana Bilbo dan kawan-kawannya dipaksa untuk menyertai pertarungan di antara lima askar. Dalam masa yang sama untuk menghalang naga Smaug dari menghancurkan Middle-Earth.

Dibintangi oleh Martin Freeman, Ian McKellen, Richard Armitage, Evangeline Lily, Lee Pace, Luke Evans, Benedict Cumberbatch, Ken Stott dan James Nesbitt. Filem ini juga turut menampilkan juga turut Cate Blanchett, Ian Holm, Christopher Lee, Huge Weaving dan Orlando Bloom.

Diarahkan oleh Peter Jackson, filem epik fantasi ini pasti akan membuatkan anda tidak mengalihkan pandangan daripada skrin dan akan berasa teruja. Filem ini sangat sesuai sebagai pengembaraan Krismas bersama keluarga anda sempena musim perayaan ini.

Night at the Museum: Secret of the Tomb



Filem ketiga dan yang terakhir daripada trilogi "Night at the Museum" ini diarahkan oleh Shawn Levy. Filem ini dibintangi oleh Ben Stiller sebagai Larry Daley yang menggembara ke London untuk mengetahui rahsia di sebalik Secret of the Tomb dan mengetahui bahawa Magic Tablet yang menghidupkan semua benda di muzium tersebut sudah kehabisan kuasa. Jika sudah kehabisan kuasa, kesemua makhluk di muzium akan bertukar menjadi debu.

Filem ini menghimpunkan pelakon Robin Williams yang merupakan filemnya yang terakhir, Owen Wilson, Steve Coogan, Rami Malek, Mizuo Peck dan Patrick Gallagher. Turut menampilkan pelakon Dan Stevens, Rebel Wilson dan Ben Kingsley.

Ini merupakan satu lagi filem pengembaraan yang akan membawa anda ke pengembaraan magis ke kota London dan muzium bersejarah British. Filem komedi ini mengajar pentingnya hubungan persahabatan dan kepercayaan. Filem ini akan membawa keriangan dan gelak ketawa seluruh keluarga. Filem ini juga merupakan filem terakhir dimana anda boleh melihat lakonan Robin Williams.

Santa Claus (25 Disember)



Juga dikenali sebagai "Le père Noël", filem Prancis arahan Alexander Coffre ini dibintangi oleh Tahar Rahim dan Victor Cabal sebagai peneraju utama, mengisahkan Antoinne, seorang budak lelaki berusia enam tahun yang ingin berjumpa Santa Claus. Jadi, apabila ada lelaki yang berpakaian seperti Santa mendarat di balkoni rumahnya, Antoinne berasa sangat gembira dan terus percaya bahawa lelaki tersebut merupakan Santa Claus yang sebenar. Namun, lelaki aneh tersebut bertukar menjadi perompak yang mencuri dari rumah ke rumah. Telah ditentukan untuk mengikut Santa palsu itu, mereka berdua memulakan pengembaraan mengujakan ke Paris.

Filem komedi dan menyeronokkan ini akan mengingatkan kembali zaman nostalgia anda dan memori ketika anda masih kecil. Filem ini menonjolkan ikatan antara dua invididu yang mempunyai impian mereka sendiri dan bekerjasama antara satu sama lain untuk hari Krismas mereka.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.