ANTARA 10 ARTIS WANITA KOREA YANG SEMULAJADI CANTIK TANPA PEMBEDAHAN PLASTIK

10 Selebriti Korea Cantik Tanpa Pembedahan Plastik!

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Korea memang terkenal dengan pembedahan plastik dan sukar untuk kita cari artis yang cantik secara semulajadi.

Ramai artis Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk tampil cantik.

Sebenarnya bukan artis Korea sahaja yang buat pembedahan plastik ni tapi masyarakat Korea yang tidak bersangkutan dengan TV turut melakukan pembedahan plastik.


Negara Korea terkenal dengan pembedahan plastik dan mereka juga antara negara terbaik untuk menjalani proses mengubah wajah.

Disebabkan itu, memang susah nak cari selebriti Korea yang semulajadi cantik tanpa pembedahan plastik.



Boleh dikatakan hampir 80 peratus selebriti Korea mengubah wajah sebenar mereka sehingga susah nak cam wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik.

Kami senaraikan 10 selebriti Korea yang semamangnya semula jadi cantik tanpa pembedahan plastik!

Jom lihat senarai artis yang sememangnya cantik dari usia muda.

Im Yoon-ah Girls' Generation

Picture
YOONA GIRLS GENERATION.

Yoona merupakan salah seorang ahli kumpulan terkenal Girls Generation. Yoona disukai kerana dia mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa sebarang pembedahan plastik. Malah, Yoona tersenarai di antara 100 wanita tercantik di dunia tahun 2013 oleh Independent Critics.Yoona turut menjadi wanita tercantik di Asia oleh majalah di China.

Kim Tae Hee

Picture
KIM TAE HEE.

Semua wanita, remaja di Korea mahukan wajah seperti pelakon Kim Tae Hee, mata yang besar, bibir tebal dan mempunyai kelopak mata. Sentiasa tersenarai dalam wanita tercantik di Korea. Kim Tae Hee juga baru-baru ini mendedahkan hubungan cinta dengan penyanyi Rain.

Park Shin-hye

Picture
PARK SHIN HYE.

Semakin digemari kerana lakonan cemerlang dalam drama hebat, The Inheritors. Dalam satu temu bual, Park Shin Hye menjelaskan dia langsung tidak melakukan pembedahan plastik, padanya pembedahan plastik hanya menyakitkan sahaja.

Sandara Park (2NE1)



Picture
SANDARA PARK 2NE1
Sandara Park berjaya mengekalkan kecantikan asli dan disebabkan itu dia banyak terpilih menjadi CF untuk iklan produk kecantikan di Korea.

Song Hye Kyo

Picture
SONG HYE KYO

Duta kepada produk kecantikan Laneige, Song Hye Kyo merupakan satu-satunya artis Korea yang tersenarai dalam 100 wanita tercantik di dunia setiap tahun. Dia terpilih bukan sahaja kerana kecantikan semulajadi tetapi juga latar pendidikan yang dimilikinya.

Song Ji Hyo

Picture
SONG JI HYO

Song Ji Hyo semakin dikenali dalam series Running Man. Gambar Song Ji Hyo ketika remaja ini pernah disiarkan dalam Running Man.

Picture
Doktor yang juga merupakan pakar pembedahan plastik juga pernah mengesahkan bahawa kecantikan Ji Hyo adalah asli.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.