Pada 23 Januari ini, seleberiti terkenal Paris Hilton akan ke Malaysia bagi memeriahkan lagi "Party of the Century" bersempena dengan pelancaran Empire City di Lembah Klang.
Berita baik juga untuk peminat-peminat K-Pop kerana kumpulan 2AM juga akan turut serta bagi memeriahkan acara gilang-gemilang itu nanti.Selain itu, Taboo dari Black Eye Peas dan Mark Vincent, pemenang "Australia Got Talent" juga turut akan menggegarkan majlis pelancaran tersebut.
Di majlis pelancaran tersebut akan diadakan parti pratonton rekaan Empire City yang mempunyai keluasan 30 ekar dan pembangunan pesat di Damansara Perdana.
Difahamkan, acara yang bertemakan malam penuh Glamour Era 20-an bertujuan meraikan Empire City sebagai sebuah lokasi hiburan dan gaya hidup yang akan menjadi tumpuan ramai mengikut cita rasa tinggi untuk bersantai dan berhibur.
Bukan itu sahaja, Empire City juga meliputi hotel bertaraf 5 bintang dan pawagam mewah menanti para pengunjung.
Jadi jangan lupa temujanji pada 23 Januari ini, jam 8 malam di Empire City, Damansara Perdana.
[Sumber Foto: Branaga]