Michael Jackson disaman lagi


Michael Jackson disaman lagi

Landis telah memfailkan saman terhadap Michael Jackson di Mahkamah Los Angeles minggu lepas dan menuduh Jackson tidak berkelakuan baik, jahat dan menipu kerana gagal membayar dan membahagi keuntungan yang diperolehi dari video itu selama empat tahun.


APALAH malang nasib yang menimpa 'Raja Pop' Michael Jackson. Lepas satu, satu saman yang diterimanya.

Kali ini saman dikeluarkan oleh John Landis, pengarah video klasik 'Thriller'. Landis menyaman Michael kerana tidak puas hati dengan sikap penyanyi terkenal itu yang enggan berkongsi keuntungan yang didapatinya untuk penjualan video pop tahun 80an itu.

Landis telah memfailkan saman itu di Mahkamah Los Angeles minggu lepas dan menuduh Jackson tidak berkelakuan baik, jahat dan menipu kerana gagal membayar dan membahagi keuntungan yang diperolehi dari video itu selama empat tahun.

Writ itu difahamkan adalah lanjutan dari pengedaran video 'Thriller 25' yang dikeluarkan sempena suku abad meraikan muzik video.

Ia juga berpunca dari ura-ura pihak ketiga bercadang membuat satu muzikal Broadway selama 14 minit berkisarkan lagu 'Thriller' itu.

Landis mendakwa dia berhak mendapat 50 peratus dari keuntungan penjualan video itu.

Antara lain, writ tersebut menyatakan,"Selepas satu premier teater yang cemerlang, video 'The Thriller' telah menjadi mega-hit di seluruh dunia dan fenomena pop ikon ini berterusan memberi pulangan dan keuntungan untuk kedua-dua defenden iaitu Optimum Productions dan Michael Jackson, yang telah secara salah gagal membayar dan melunaskan profit tersebut kepada pihak plaintif.'

Raja Pop yang popular dengan kontroversi yang pelbagai kini telah memeluk Islam dan menggunakan nama Mikaeel dan menjadi berita panas di Barat pada bulan November tahun lepas.

Selebriti berusia 50 tahun ini popular dalam usia semuda 11 tahun sebagai seorang ahli kumpulan The Jackson 5 dan memulakan karier secara solo pada 1971.

Kejayaannya dalam bidang nyanyian dikatakan mempunyai impak yang besar dalam muzik dan budaya seluruh dunia. Muziknya merentas sempadan geografi amnya, membawa satu bentuk transformasi seni di Amerika khasnya. Anugerah pada peringkat dunia, termasuk Anugerah Muzik Dunia sebagai artis lelaki dengan penjualan album tertinggi, disenaraikan dalam Guinness World Records bukan hanya kerana pencapaian dalam bidang nyanyian, tetapi juga kerana memberi sumbangan kepada lebih 39 buah organisasi yang memerlukan di dunia, 13 Anugerah Grammy dan penjualan album melebihi 750 juta unit di seluruh dunia.

Kejayaannya meletakkan dia sebagai seorang manusia paling popular di dunia. Namun, dalam masa sama Raja Pop ini juga tidak lekang daripada kontroversi yang kurang enak. Daripada isu perbuatan songsang dengan kanak-kanak lelaki, isu muflis dan mengubah wajah melalui pembedahan plastik.

Bermula dengan memancungkan hidung dan membentuk alis matanya, transformasi wajah dan kulit Mikaeel didebat serata dunia. Ada yang mengatakan dia mula menjadi ketagih kepada membentuk semula wajahnya, seperti yang dia mahukan dan tiada kaitan dengan penyakit yang dikaitkannya dengannya, iaitu 'vitiligo' dan 'lupus'' iaitu sejenis penyakit kulit kronik yang didiagnos pada 1984.

Dia pernah dituduh sehingga empat pertuduhan berkaitan seks dengan kanak-kanak lelaki, namun pada 2005 dia bebas terhadap semua pertuduhan.

Jackson disaman cedok persembahan Thriller

Pengarah persembahan muzik video Thriller, John Landis telah memfailkan tuntutan saman terhadap Michael Jackson dan seorang produser Broadway semalam atas dakwaan bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk mengadakan persembahan pentas dengan mencedok daripada persembahan muzik video tersebut.

Landis yang merupakan penulis bersama dan juga mengarahkan persembahan muzik video terkenal itu mahu menyaman bintang pop itu dan syarikat produser James L. Nederlander berhubung persembahan pentas tersebut.

Nederlander awal minggu ini mengumumkan yang dia telah mendapat hak ke atas Thriller dan lagu daripada album blockbuster Jackson yang menggunakan nama yang sama.

Tuntutan Landis bertujuan mendapatkan perintah hakim bagi membuktikan Jackson tidak mempunyai hak yang cukup untuk menyerahkannya kepada Nederlander dan produser itu tidak mempunyai kebenaran untuk mencipta persembahan pentas berdasarkan video atau dokumentari yang diarahkan oleh Landis.

Peguam Landis, Miles J. Feldman berkata, kliennya mahu persembahan tersebut dihentikan "sekiranya perlu."

Pesanan suara melalui telefon yang ditinggalkan bagi mendapat ulasan daripada Nederland dan seorang peguam Jackson di New York tidak dibalas.

Landis mendakwa Jackson, yang baru berpindah dari Los Angeles, telah menerima bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) bagi hak yang dimiliki Landis.

Tuntutan dibuat beberapa hari selepas pengarah An American Werewolf in London memfailkan saman terhadap Jackson atas dakwaan tidak membayar royalti Thriller sejak empat tahun lalu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.