Jennifer Love Hewitt putus tunang

Love Hewitt putus tunang

MEREKA sepatutnya bakal berkahwin dalam masa terdekat, namun gara-gara berselisih faham mengenai majlis perkahwinan, Jennifer Love Hewitt dan pasangannya, Ross McCall akhirnya berpisah.

Pelakon jelita siri TV, Ghost Whisperer dan aktor kelahiran Scotland itu melangsungkan pertunangan pada November 2007 dan merancang untuk berkahwin. Namun, disebabkan percanggahan pendapat, mereka akhirnya memutuskan tali pertunangan.


Satu sumber memberitahu Contactmusic: "Jennifer dan Ross bergaduh mengenai perancangan majlis kahwin mereka.

KASIH tidak menjadi. Jennifer dan Ross bergaduh gara-gara tentang upacara perkahwinan mereka.

"Ross kemudian merasakan dirinya dimanipulasi Jennifer yang bercadang untuk menjual foto-foto perkahwinan mereka secara eksklusif kepada majalah hiburan seperti bintang terkenal Hollywood yang lain."

Tambah sumber itu: "Ross tidak mahu kisah peribadinya dan Jennifer menjadi bahan liputan media.

"Jennifer pula sebaliknya mahukan publisiti meluas mengenai perkahwinan mereka. Kesudahannya mereka mengambil keputusan untuk berpisah."





Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.