Benci jadi objek renungan
DIA seorang supermodel yang sering meraih perhatian ramai khususnya ketika melangkah di pentas peragaan, namun Elle MacPherson sebenarnya benci menjadi objek yang direnung ramai. Dia yang dilabelkan sebagai The Body kerana memiliki struktur tubuh yang hebat mengakui tidak melihat wanita yang dipuja kerana kecantikan sebagai sesuatu yang sihat.
"Mungkin bunyinya agak aneh, tetapi saya tidak berasa selesa apabila ramai yang merenung saya. Saya memang benci dengan keadaan itu. Sebab itu saya mengakui saya tidak pernah menikmati saat-saat ketika saya jadi model di pentas peragaan dulu," ujarnya.
Namun, Elle, 44, menegaskan bangga menjadi seorang model. Katanya: "Sudah suratan takdir saya menjadi model kerana itulah periuk nasi saya selama ini."