JIKA Madonna masih kuat bercinta pada usia 50 tahun, Tina Turner pula membuktikan dirinya masih sihat pada umur 69 tahun.
Rahsia Turner sudah tentu kombinasi gaya hidup, sikap yang positif serta penjagaan kesihatan.
Wajahnya mungkin banyak kedut, namun bentuk dan berat badannya kekal mantap.
"Di Amerika Syarikat, saya tergolong dalam saiz 10 dan di United Kingdom pula saiz 14," ujarnya kepada akhbar Britain, Mirror.
Menurut Turner, dia tidak akan makan selepas pukul enam petang, minum banyak air mineral dan sudah tentu, menari.
"Saya tidak mendera diri saya dengan gula-gula, gula, kek dan lemak. Saya makan secara sihat.
"Bagi sarapan, saya makan pisang, kiwi dan tembikai, serta roti Jerman. Saya hanya makan dua kali sehari kerana saya tidur untuk jangka masa yang lama."
Penghibur legenda itu lebih banyak menjamah kombinasi makanan Thailand dan Itali, tetapi mengehadkan makan pasta hanya dua kali seminggu dan langsung tidak mengambilnya jika merasakan berat badannya mulai bertambah.
Selain itu, regim senaman Turner melibatkan senaman berjalan kaki sejauh 10 batu dan merehatkan diri dalam sauna.
Namun, dia menegaskan sebab utama kesihatan dirinya masih mantap ialah kerjaya seninya.
"Rahsia paling besar saya kekal sihat ialah saya telah menghabiskan 40 tahun daripada usia saya ini melakukan kegiatan aktif di pentas muzik," ujarnya.