Nick Lachey pertahankan Jessica Simpson


JESSICA dan Nick pernah bergelar suami isteri.

IKATAN mereka sebagai suami isteri sudah lama putus. Namun, itu tidak menghalang penyanyi Nick Lachey daripada mempertahankan bekas isterinya, Jessica Simpson apabila meraih kritikan media berhubung isu berat badannya baru-baru ini.


Lachey menyifatkan kritikan media tersebut sebagai tidak masuk akal. Jessica menjadi bahan berita hangat selepas foto dirinya membuat persembahan pada sebuah konsert di Pembroke Pines, Florida pada 25 Januari lalu yang menunjukkan tubuhnya sedikit berisi berbanding biasa.


Adik Jessica, penyanyi Ashlee Simpson kemudian melahirkan kemarahan terhadap laporan media tersebut menerusi blognya.


Kini, Lachey yang bercerai dengan Jessica pada 2006 turut campur tangan. "Saya fikir laporan media mengenai berat badan Jessica agak melampau dan tidak masuk akal. Tidak semua laporan yang ditulis media benar dan boleh dipercayai," tegasnya kepada Contactmusic.

Tambahnya: "Saya hanya mendoakan yang terbaik buat Jessica."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.