Status isteri tidak pernah menghalang pelakon Bollywood popular ini terus ligat dengan karier seninya
STATUS sebagai isteri nampaknya terus memberi tuah terhadap karier seni Aishwarya Rai Bachchan yang mesra dengan panggilan Ash ini.
Selepas mengikat kontrak dengan filem-filem hebat bersama Mani Ratnam, Sanjay Leela Bhansali dan sebuah filem bersama produksi Farhan Akhtar-Ritesh Sidhwani, kini impiannya untuk bekerjasama dengan Vishal Bharadwaj akan menjadi kenyataan.
Ash cukup mengagumi hasil kerja Vishal selama ini. Vishal mula berjinak-jinak di dalam bidang pengarahan sejak tahun 2002 menerusi filem Makdee, sebelum meneruskan dengan filem-filem seperti Maqbool dan Omkara.
Bekas 'Ratu Cantik Dunia' yang kini telah menjangkau 35 tahun dan bergelar isteri tapi namanya tetap meniti di bibir bila tersenarai dalam '50 Aktres Paling Menggairahkan di Dunia.'
Vishal dikatakan telah pun 'melamar' Ash untuk membintangi filem terbarunya, Timbuctoo, tetapi masih tiada perkembangan lanjut tentang filem tersebut.
Pengarah itu ketika ini sibuk dengan penggambaran filem Kaminey dan dijangka akan memulakan filem terbarunya itu bersama Ash sekitar akhir tahun ini.
"Saya dan Vishal memang ingin bekerjasama sejak dia menjadi komposer muzik saya dalam sebuah projek sebelum ini. Kami saling berjanji bahawa saya akan berlakon di dalam filemnya jika satu hari nanti dia bergelar pengarah.
"Memang saya cukup mengagumi hasil kerjanya. Tetapi dia menegaskan bahawa kami hanya akan bekerjasama apabila dia merasakan projeknya itu sesuai dengan saya.
"Vishal menunjukkan skrip itu kepada saya dan memang saya merasakan filem ini cukup sesuai untuk kami kembali bekerjasama," kata Ash.
Ash dalam senarai '50 Wanita Paling Menggairahkan di Dunia'
KEJELITAAN 'Ratu Dunia' Aishwarya Rai (Ash) memang tidak dapat dinafikan lagi. Isteri kepada aktor kacak Abishek Bachchan dan menantu kepada Amitabh-Jaya Bachchan masih lagi mendapat tempat teratas dalam senarai wanita tercantik dunia yang dijalankan oleh portal lelaki AskMen.com baru-baru ini.
Walaupun usia Ash sudah menjangkau 35 tahun dan sudah bergelar isteri, namanya tetap meniti di bibir bila tinjauan dilakukan untuk mencari senarai wanita seksi, hot dan jelita dunia dilakukan.
Ash antara yang tersenarai dalam '50 Wanita Menggairahkan di Dunia' dan beliau menduduki tangga ke-48 dan Ash satu-satunya wanita India yang mendapat pengiktirafan itu.
Nama Ash mungkin antara tercorot dalams enarai itu tetapi penghormatan yang diberikan oleh portal itu merupakan satu kebanggaan kerana beliau dapat melintasi nama besar seperti Beyonce.
Kejelitaan Aishwarya Rai masih menjadi sebutan meskipun sudah bergelar isteri pada aktor Abishek Bachchan.
Pengundi-pengundi portal itu membuat pilihan berdasarkan kriteria 'karisma, bijaksana dan cita-cita.'
Mendahului carta dan menduduki tempat teratas ialah aktres Amerika Eva Mendes diikuti Anne Hathaway, Scarlett Johansson, Rihanna, Angelina Jolie, Heidi Klum dan Jessica Alba.
Dua tahun sudah, Ash menduduki tempat ke-9 dalam tinjauan yang dibuat oleh Harpers and Queen.
Yang menariknya, walaupun sudah berkahwin, Ash tetap mendapat perhatian dunia.
Ash juga bijak menguruskan akriernya dengan baik setelah berkahwin.
Dengan menerima tawaran filem 'Ravana' oleh Mani Ratnam yang akan dilakonkan bersama suaminya Abhishek Bachchan,