Sarah Jessica Parker enggan bercerai

SARAH dan Matthew 'berlakon' demi untuk menggembirakan anak mereka, James.

SARAH JESSICA PARKER mengakui takut dengan perceraian. Rumah tangga bintang Sex and the City yang sudah 11 tahun berkahwin dengan aktor Matthew Broderick itu dilaporkan bergoncang selepas Broderick curang dengan seorang perempuan berumur 25 tahun.
Namun, Sarah bagaimanapun dikatakan mahu memberi satu lagi peluang buat suaminya kerana tidak mahu kehilangan harta yang dikumpulnya sepanjang menjadi artis disebabkan perceraian.

Satu sumber memberitahu majalah Look: "Keluarga Sarah sangat miskin ketika dia kecil dulu. Dia mempunyai tujuh adik-beradik dan dia selalu bercerita betapa dia jarang meraikan hari jadi ketika zaman kanak-kanak.

"Perceraian begitu menakutkannya kerana Matthew lebih untung jika mereka bercerai. Dia boleh mendapat ganjaran yang banyak, sedangkan Sarah yang telah bekerja keras mengumpul harta selama ini."

Sebelum itu pasangan yang mempunyai seorang anak berusia enam tahun, James Wilkie itu dilaporkan tinggal berasingan.

Namun, mereka kembali bersama meraih Krismas pada hujung tahun lepas demi anak mereka itu.

"Sarah dan Matthew 'berlakon' menghabiskan cuti bersama semata-mata untuk menggembirakan hati James."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.