Bakal isteri Jericho Rosales ingin abadikan perkahwinan mereka di tepi pantai.
Ketika dalam perancangan untuk kembali ke Australia, tanpa disangka cinta datang menyapa membuatkan Kim Jones, 25, membatalkan hasrat itu dan memilih tinggal lebih lama di Filipina.
P
engorbanan itu menghadiahkan memori manis kepada gadis kacukan Filipina-British yang membesar di Australia itu apabila dilamar aktor kegilaan ramai, Jericho Roseles pada 4 Ogos tahun lalu.
Bakal disatukan pertengahan tahun ini, model dan pengacara itu menyifatkan, dirinya bertuah kerana dipertemukan dengan jejaka yang melengkapi kekurangan dirinya.
“Jericho seorang yang berjiwa penyayang, lucu dan kehadirannya melengkapi kekurangan saya,” katanya, mengakui teruja melakukan persiapan menanti hari bahagia mereka.
Belum bersedia untuk berkongsi butiran lanjut hari bahagia mereka, Kim berkata, majlis perkahwinannya dan Jericho akan dilangsungkan pertengahan tahun ini di tepi pantai.
“Ada ketika, saya seperti berasakan ibu lebih menyayangi Jericho. Saya gembira kerana ibu merestui pilihan saya.
“Lebih membuatkan saya bahagia, kedua-dua insan paling bermakna dalam hidup saya ini begitu cepat mesra antara satu sama lain,” katanya.
Kim berkata, perkahwinan tidak akan mengubah dirinya malah dia tetap ingin meneruskan kerjaya seninya kerana masih terlalu banyak yang ingin dicapainya.
Dia dan Jericho juga sepakat untuk terlebih dulu menikmati kehidupan berdua, sebelum memikirkan perancangan untuk menimang cahaya mata.
Dilihat sebagai tunggak kekuatan karier lakonan Jericho, Kim sering menemani tunangannya itu ke lokasi penggambaran jika kelapangan.
Kelibatnya pernah kelihatan ketika Jericho menjalani penggambaran filem, Alagwa di Hong Kong dan Sarawag di Malaysia.
Kim turut menemani Jericho ketika aktor itu diundang menyerikan Festival Filem Antarabangsa Busan Ke-17, September lalu.
Tidak menafikan dirinya kagum dengan pengaruh yang dimiliki Jericho sebagai seorang pelakon, Kim mengakui, perjalanan cinta mereka tidak semudah seperti yang disangka umum.
“Jericho akan sedaya upaya membantu supaya saya sentiasa selesa setiap kali berada di sisinya. Kami akan cuba bertolak ansur, malah berusaha memahami kemahuan masing-masing.
“Persefahaman itu memudahkan kami mencari keseimbangan dalam hubungan. Paling utama, kami sentiasa menggembirakan antara satu sama lain,” katanya.
Selain bergelar pengacara, Kim juga mencipta nama sebagai blogger fesyen dan penggemar sukan. Kegilaannya terhadap sukan luncur dipengaruhi Jericho yang mahir dalam aktiviti itu. Mereka sering dilihat bersantai di La Union dan beberapa pantai lain di dalam negara.
Jericho melamar Kim yang berhijrah ke Filipina pada 2010 untuk memulakan karier peragaan selepas setahun berpacaran, ketika menghadiri upacara keagamaan di gereja New Life.
Mengimbas detik percintaan mereka, Kim berkata, dia dipertemukan dengan Jericho pada 2011 dalam satu majlis makan malam.
Ketika itu, Kim bertekad untuk tidak jatuh cinta biarpun bersetuju untuk bertemu tunangannya itu selepas melihat foto jejaka berkenaan.
Pertemuan pertama berlangsung dalam suasana kekok apabila Kim dan Jericho berdepan kesukaran untuk memahami bahasa pertuturan masing-masing.
“Loghat Australia saya masih tebal dan pada masa sama, saya juga tidak memahami jenaka Jericho. Kami sepatutnya keluar menonton wayang berdua, tetapi akhirnya kami hanya duduk bersantai,” katanya.
Sering menerima pelawaan Jericho untuk keluar berdua, namun Kim menolak. Bagaimanapun, Kim yang diburu perasaan bersalah akhirnya mempelawa Jericho keluar selepas dua bulan.
Mereka ke tepi pantai dan Ketika itu, Jericho yang mahir dalam sukan luncur mengajar Kim bagaimana untuk melakukan aktiviti itu.
Biarpun menyedari Jericho memiliki keistimewaan, tidak semudah itu untuk Kim meluahkan isi hatinya. Dia hanya menyambut cinta Jericho selepas lapan bulan rapat.
“Jericho hampir kecewa apabila saya tidak memberikan apa-apa reaksi selepas dia menyatakan perasaan cintanya. Selepas seminggu, saya menghubunginya untuk memberitahu, saya juga mencintainya.
“Jericho seorang yang sensitif, tetapi sentiasa berusaha untuk menggembirakan saya. Dia sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
“Sebelum melamar, dia mencuri-curi menghubungi ibu saya menerusi Skype. Disebabkan masalah talian, Jericho gagal melihat reaksi wajah ibu ketika dia menyatakan hasratnya.
“Dia melamar saya pada hari sambutan ulang tahun kelahiran. Melihat kesungguhan saya, air mata saya menitis.
“Mengingati semua detik itu, saya terharu kerana bertuah dipertemukan dengan seorang insan yang begitu memahami dan mengambil berat,” katanya.
Bakal disatukan pertengahan tahun ini, model dan pengacara itu menyifatkan, dirinya bertuah kerana dipertemukan dengan jejaka yang melengkapi kekurangan dirinya.
“Jericho seorang yang berjiwa penyayang, lucu dan kehadirannya melengkapi kekurangan saya,” katanya, mengakui teruja melakukan persiapan menanti hari bahagia mereka.
Belum bersedia untuk berkongsi butiran lanjut hari bahagia mereka, Kim berkata, majlis perkahwinannya dan Jericho akan dilangsungkan pertengahan tahun ini di tepi pantai.
Berita pertunangan mereka disambut baik keluarga kedua-dua belah pihak, malah kata Kim, ibunya yang menetap di Australia begitu menyayangi Jericho. |
“Lebih membuatkan saya bahagia, kedua-dua insan paling bermakna dalam hidup saya ini begitu cepat mesra antara satu sama lain,” katanya.
Kim berkata, perkahwinan tidak akan mengubah dirinya malah dia tetap ingin meneruskan kerjaya seninya kerana masih terlalu banyak yang ingin dicapainya.
Dia dan Jericho juga sepakat untuk terlebih dulu menikmati kehidupan berdua, sebelum memikirkan perancangan untuk menimang cahaya mata.
Dilihat sebagai tunggak kekuatan karier lakonan Jericho, Kim sering menemani tunangannya itu ke lokasi penggambaran jika kelapangan.
Kelibatnya pernah kelihatan ketika Jericho menjalani penggambaran filem, Alagwa di Hong Kong dan Sarawag di Malaysia.
Kim turut menemani Jericho ketika aktor itu diundang menyerikan Festival Filem Antarabangsa Busan Ke-17, September lalu.
Tidak menafikan dirinya kagum dengan pengaruh yang dimiliki Jericho sebagai seorang pelakon, Kim mengakui, perjalanan cinta mereka tidak semudah seperti yang disangka umum.
“Jericho akan sedaya upaya membantu supaya saya sentiasa selesa setiap kali berada di sisinya. Kami akan cuba bertolak ansur, malah berusaha memahami kemahuan masing-masing.
“Persefahaman itu memudahkan kami mencari keseimbangan dalam hubungan. Paling utama, kami sentiasa menggembirakan antara satu sama lain,” katanya.
Selain bergelar pengacara, Kim juga mencipta nama sebagai blogger fesyen dan penggemar sukan. Kegilaannya terhadap sukan luncur dipengaruhi Jericho yang mahir dalam aktiviti itu. Mereka sering dilihat bersantai di La Union dan beberapa pantai lain di dalam negara.
Dilamar di gereja