Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Beliau koma, propofol dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA. Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.
Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.


Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian.

Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun.

Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak.

Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan.

Michael atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral.

Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya.

Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya.

Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital.

Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia.

Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy.

Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat.

Namun, reputasi Michael tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik.

Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London.

Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album "Thriller" dan "Off the Wall" memberitahu stesen MSNBC: "Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka."

Berita kematian Jacko bermula dari laman web

Era digital nyata media masa kini apabila maklumat pantas dan terkini mengenai berita kematian raja pop, Michael Jackson disebarkan oleh media baru internet, bukannya pengacara stesen tv seperti sebelum ini.

Malah, berita awal daripada portal berita online dan laman agak bercelaru apabila kematiannya menimbulkan tanda tanya - Adakah Michael masih hidup? Atau, benarkah dia dalam koma?

Berita itu tersebar seperti api yang marak oleh laman web berita seluruh dunia, rangkaian laman sosial serta Twitter.

Laman web selebriti, TMZ.com dikatakan yang pertama memaparkan berita kematian Michael jam 5.20 petang waktu tempatan (2120 GMT).

Berita yang dipaparkan TMZ itu dianggap paling awal dan mengejutkan banyak laman web lain sebelum ditambah dengan lebih banyak maklumat dan kesahihan selepas itu.

“Semuanya bermula dengan satu tip berita,” kata Harvey Levin, pengarang urusan TMZ.

“Kami tidak akan menyiarkannya jika ia bukannya berita sahih," katanya.

Beberpaa minit kemudian, kematian Michael disahkan oleh Los Angeles Times dan The Associated Press (AP) dan terus dipaparkan dalam siaran berita malam rangkaian media berkenaan.

Kematian Michael Jackson diratapi peminatnya

Suasana hiba dan tangisan ratusan peminat mengiringi kematian raja pop, Michael Jackson di pekarangan hospital di sini, hari ini.

Picture

“Sehingga saat ini, saya tidak percaya kami kehilangan raja penghibur yang tiada tandingannya," kata Lana Brown, 49, dari Dallas yang air mata berlinangan.

Lana yang mengakui peminat fanatik Michael atau Jacko berkata beliau sedang bercuti bersama keluarganya apabila diberitahu rakannya menerusi telefon mengenai kematian Michael.

Seperti ratusan lagi peminat Michael, Lana terus bergegas ke hospital UCLA di sini untuk melihat sendiri apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangannya itu.

“Say amat terkejut kerana tiada siapapun yang terfikir Michael akan meninggalkan kita untuk selama-lamanya.

"Orang seperti Michael Jackson akan hidup selama-lamanya, seperti Peter Pan,” kata Yoshiko Plair sambil menghadiahkan jambakan bunga matahari untuk Michael.

Ejen hartanah berusia 49 tahun itu memberitahu mengetahui berita kematian Michael menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) dan telefon bimbit menerusi rakannya.

Beliau terus meninggalkan pejabatnya dan sempat ke rumah untuk memakai kemeja-t “Thriller” bersama kakak dan dua anak saudaranya bergegas ke hospital berkenaan.

“Dia menukar muzik, dialah yang bertanggungjawab menaikkan musik orang kulit hitam ke MTV sekarang, kata Plair.

“Saya menjadi peminatnya bermula daripada lagu pertamanya. Saya akan terus berbangga dengannya," katanya.

Pelajar, Ashley Leon, 20, juga bergegas ke hospital itu sebaik menerima berita bahawa Michael pengsan sebelum meninggal dunia.

“Saya telefon rakan serumah saya yang juga peminat fanatik Michael kerana ia satu kehilangan besar dalam hidup kami.

"Tahukah anda, kami membesar sealiran dengan muzik ciptaannya," katanya.

Jacko ambil preskripsi dadah sebelum meninggal

Michael Jackson mengambil preskripsi ubat mengandungi dadah sebagai persediaan tahap kesihatannya bagi membuat penampilan semula konsertnya di London, bulan depan.

Peguam keluarganya berkata, Michael yang masih berjuang menghadapi penyakit yang dihadapi sehingga terpaksa mengambil preskripsi dadah untuk membantunya bertahan.

Beliau dikatakan mula mengambil beberapa lagi ubat selepas cedera ketika menjalani latihan untuk konsert yang bakal diadakan itu.

"Ia (kematian Michael) bukannya sesuatu yang tidak dijangka...disebabkan ubat-ubatan yang diambil oleh Michael," kata peguam, Brian Oxman.

"Saya tidak tahu tahap mana ubat yang diambil Michael, tetapi laporan perubatan yang diterima keluarganya ia agak berat," katanya

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date