Apabila bercakap mengenai pemain bola sepak dan fesyen ia boleh dikatakan sinonim dengan mereka kerana mereka ini menjadi contoh atau idola kepada peminat-peminat, dan pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo bukan sahaja merupakan seorang pemain boleh sepak terbaik dunia, tetapi dia juga merupakan ikon fesyen.
Tidak hairanlah apabila dia banyak muncul sebagai duta untuk jenama-jenama tersohor dunia seperti Emporio Armani dan banyak lagi.
Sumber foto : Cristiano Ronaldo Twitter |
"Saya sangat gembira dengan projek yang sedang kami mulakan ini. Saya dapat melihat diri saya di dalam nilai-nilai jenama ini. Komitmen, kejayaan, profesionalisme, peningkatan berterusan," kata Ronaldo yang baru selesai menjalani penggambaran di Madrid untuk musim bunga-panas Sacoor Brothers 2015.
Sacoor Brothers telah menempa nama dalam dunia fesyen sejak 25 tahun lalu dan telah berkembang. Jenama ini menampilkan keanggunan dan sofistikasi serta mempunyai kod tersendiri yang menjadikannya jenama premium dan sesuai untuk semua.
[Sumber foto: Sacoor Brother Facebook]