Filem yang SANGAT MERUNTUN JIWA🥹 DARI KISAH SEBENAR - HANYA DI #NETFLIX‼️
BASED ON TRUE CRIME STORY “ON MY SKIN 2018”
Filem “On My Skin” ini berdasarkan kisah sebenar kes jenayah berprofil tinggi, hari-hari terakhir yang meruntun jiwa Stefano Cucchi yang diperlekehkan dan menjadi mangsa kekejaman polis sebelum dibawa ke tahanan dan akhirnya meninggal dunia seminggu kemudian di dalam penjara hospital pada 2009.Kisah ini telah merupakan kes mahkamah Itali yang paling kontroversi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Stefano Cucchi yang berumur 31 tahun bekerja dengan bapanya sebagai juruukur bangunan telah ditangkap kerana jenayah kecil dan ditemui mati secara misteri ketika penahanannya. Kesnya adalah termasuk antara lebih 170 kematian misteri di penjara Itali pada akhir 2000-an.
Watak utamanya, Alessandro Borghi adalah artis baru yang sedang meningkat naik menjadi tumpuan utama yang menampilkan lakonannya yang cukup memcengkam dan penuh penghayatan dari awal hingga akhir yang pasti membuatkan para penonton turut sama menyelami nasib yang dialaminya, sungguh emotional! Bermula dari kisah tentang dirinya, keluarganya, hari penangkapannya, kesakitan dan kesengsaraannya sehinggalah hari kematiannya yang sangat menyayat hati.
Ringkasan Jalan Cerita
Suatu malam pada 15 October 2009, selepas makan malam dengan ibubapanya, Stefano yang sedang menghisap rokok bersama sahabat baiknya tiba-tiba didatangi oleh 2 pegawai polis beruniform. Ketika membuat pemeriksaan badan, Stefano didapati menyembunyikan 20 gram ganja, dua gram kokain dan ubat untuk penyakit epilepsi yang dihidapinya.Tiba-tiba, 2 pegawai polis yang tidak memakai uniform muncul dan mengambil alih menahan Stefano dan sahabatnya.
Setelah itu terjadilah satu insiden yang cukup sadis ketika dalam perjalanan ke pusat tahanan.
Insiden yang menyebabkan matanya, kepalanya lebam dan 2 tulang rusuknya patah!
Setelah 7 hari menahan kesakitan, akhirnya Stefano ditemukan meninggal dunia dalam keadaan yang cukup meruntun jiwa di penjara hospital.
Keluarga Stefano tidak berdiam diri, demi menuntut keadilan dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, mereka berusaha mencari sumber dan bukti serta melancarkan tunjuk perasaan bersama poster Stefano dengan wajah yang cukup menyayat hati.
Dari sumber theguardian.com, Carabinieri Alessio di Bernardo dan Raffaele d’Alessandro ditahan dan didapati bersalah atas tuduhan membunuh tanpa rela terhadap Stefano Cucchi. Dua pegawai polis Itali tersebut telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun atas kesalahan memukul Stefano Cucchi sehingga menyebabkan maut.
Stefano Cucchi yang ditemui mati di dalam biliknya di hospital penjara Sandro Pertini di Rom, di mana dia telah dibawa ke sana untuk rawatan kerana kecederaan termasuk patah tulang rusuk dan patah rahang dan beratnya hanya 37kg semasa kematiannya! Setelah itu, gambar penampilannya yang kurus dan mata lebam mula tersebar dengan begitu cepat telah mengejutkan seluruh warga di Itali.
Pada Oktober 2014, hakim telah membebaskan pegawai tersebut kerana kekurangan bukti. Kerana kepincangan sistem perundangan daripada pihak berkuasa ketika itu adalah mustahil untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab atas kematian Stefano. Namun akhirnya, “Italy Supreme Court” di Rom telah membuka semula kes itu pada Disember 2015 dan perbicaraan baharu pun bermula.
Titik perubahan berlaku pada Oktober 2018 apabila seorang lagi pegawai polis yang sedang disiasat atas pembunuhan itu mula bekerjasama dengan pendakwa raya, mengakui butiran pembunuhan itu.
Francesco Tedesco yang juga didakwa atas pembunuhan Stefano Cucchi memberitahu pihak mahkamah di Rom bahawa rakan sekerjanya telah menendang dan menumbuk muka Stefano Cucchi serta menyebabkan kematiannya. Tedesco juga mendakwa dia telah diugut oleh pegawai yang menyuruhnya berdiam diri dan menyembunyikan laporannya mengenai kejadian itu.
“Saya memohon maaf kepada keluarga Cucchi,” Tedesco memberitahu mahkamah pada masa itu. Katanya lagi, “Beberapa tahun kebelakangan ini merupakan masa yang sangat sukar untuk saya. Bukan mudah untuk saya melaporkan jenayah yang dilakukan oleh rakan sekerja saya.”
Kakak Cucchi, Ilaria, yang telah lama berjuang untuk mendedahkan kebenaran tentang kejadian itu berada di mahkamah untuk mengetahui keputusan mahkamah menjawab, “Stefano terbunuh. Kami tahu itu dan kami telah menghadapinya selama 10 tahun,” katanya selepas itu. “Sekarang mungkin adik saya boleh berehat dengan tenang.”
Kes itu memberi inspirasi kepada pembikinan filem “On My Skin”, yang akhirnya membawa pulang tiga anugerah David di Donatello, setara dengan anugerah Itali dalam Oscar.
UNTUK JALAN CERITA YANG LENGKAP DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN SEPERTI YANG DIALAMI STEFANO CUCCHI, ANDA PERLU TONTON SENDIRI DI NETFLIX.
TRAILER:
SOURCE: /movieloversmy.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Pada Oktober 2014, hakim telah membebaskan pegawai tersebut kerana kekurangan bukti. Kerana kepincangan sistem perundangan daripada pihak berkuasa ketika itu adalah mustahil untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab atas kematian Stefano. Namun akhirnya, “Italy Supreme Court” di Rom telah membuka semula kes itu pada Disember 2015 dan perbicaraan baharu pun bermula.
Titik perubahan berlaku pada Oktober 2018 apabila seorang lagi pegawai polis yang sedang disiasat atas pembunuhan itu mula bekerjasama dengan pendakwa raya, mengakui butiran pembunuhan itu.
“Saya memohon maaf kepada keluarga Cucchi,” Tedesco memberitahu mahkamah pada masa itu. Katanya lagi, “Beberapa tahun kebelakangan ini merupakan masa yang sangat sukar untuk saya. Bukan mudah untuk saya melaporkan jenayah yang dilakukan oleh rakan sekerja saya.”
Kakak Cucchi, Ilaria, yang telah lama berjuang untuk mendedahkan kebenaran tentang kejadian itu berada di mahkamah untuk mengetahui keputusan mahkamah menjawab, “Stefano terbunuh. Kami tahu itu dan kami telah menghadapinya selama 10 tahun,” katanya selepas itu. “Sekarang mungkin adik saya boleh berehat dengan tenang.”
Kes itu memberi inspirasi kepada pembikinan filem “On My Skin”, yang akhirnya membawa pulang tiga anugerah David di Donatello, setara dengan anugerah Itali dalam Oscar.
UNTUK JALAN CERITA YANG LENGKAP DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN SEPERTI YANG DIALAMI STEFANO CUCCHI, ANDA PERLU TONTON SENDIRI DI NETFLIX.
TRAILER:
RATING FILEM INI
BINTANG UNTUK REVIEW INI
PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5
SOURCE: /movieloversmy.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date