Hilang akal! Jack Black beri kejutan tidak berbaju di Kuala Lumpur

Jack Black beri kejutan tidak berbaju di Kuala Lumpur

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Jack Black beri kejutan tidak berbaju di Kuala Lumpur

Pada Sabtu lalu, pelakon Hollywood, Jack Black turun ke Malaysia bersama ahli kumpulannya Kyle Glass untuk menghiburkan penonton dengan persembahan mereka menerusi Tenacious D.

Walaupun persembahan mereka diadakan pada malam Isnin lalu di KL Live At Life Centre, namun ia mampu menarik seramai dua ribu penonton untuk melihat sendiri persembahan kumpulan popular itu yang julung kalinya ke Malaysia untuk festival Urbanscapes 2014.

Persembahan selama 90 minit itu bermula pada pukul 9 malam, selepas kumpulan dari Malaysia, Kyoto Protocol membuat persembahan pembukaan dengan lagu  'the best love song of our time'.


Kumpulan Tenacious D mempersembahkan lagu popular mereka daripada album yang pernah dimainkan dalam filem mereka "Tenacious D in The Pick of Destiny" pada tahun 2006.

Penonton turut dihiburkan dengan lagu hits mereka seperti "Tribute" , diikuti 20 lagu lain termasuk lagu "Dude (I Totally Miss You)", "Kickapoo", "Riza of the Fenix", "The Metal" dan banyak lagi.


Di akhir persembahan, Jack Black membuat kejutan apabila tampil ke pentas dengan tidak memakai baju bersama Kyle Glass untuk sesi tandatangan bersama peminat dan dalam masa yang sama Black turut memakai topeng muka yang dilakonkannya dalam filem "Nacho Libre".

Tenacious D, antara kumpulan yang dibawakan khas untuk persembahan satelit Urbanscapes dimana festival utama Urbanscapes akan berlangsung pada Sabtu ini di Genting Highlands.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.