Bertuah sungguh Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Hj Nawawi kerana telah dijemput oleh NBC Universal hadir ke acara Karpet Merah anjuran International Press Junket.
Dalam jemputan oleh pihak NBC Universal ini Pak Nil dikatakan akan diberi peluang mencuba menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence.
Teruja Admin mendengar perkhabaran ini mana tidaknya kerana ada pengacara TV Malaysia diiktiraf oleh media antarabangsa dengan menjadi pengacara ranangan TV popular E! NEWS itu.
Sebelum bermula rancangan tersebut seperti yang anda nampak di laman Instagaram milik beliau iaitu sesi berselfie bersama artis-artis terkenal Holywood seperti Kim Kardashians, Ryan Seacrest, Giuliana Rancic dan penyanyi Christina Milian.
"Paling menyeronokkan dapat menemubual secara perseorangan dengan Christina, Giuliana dan Kim. Mereka sangat peramah.
"Biarpun gementar dengan keupayaan saya untuk berbahasa Inggeris, saya beranikan diri juga untuk atasi ketakutan itu. Saya belasah saja kerana peluang ini umpama seumur hidup sekali.
"Saya tak nak rasa diri ini kecil biarpun pasti ada yang akan ketawakan tahap bahasa Inggeris ini. Tak kisahlah orang nak cakap Inggeris berterabur kerana saya sangat seronok di sini," katanya.
Menurut Pak Nil beliau diberi peluang menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence dan cuba untuk tidak berasa gugup kerana risau bahasa Inggeris saya tidaklah bagus mana.
"Saya tolak rasa rendah diri. Saya juga berpeluang bertemu Kelly Osbourne dan Brad Goreski yang kedua-duanya mengacarakan Fashion Police," katanya yang akan menghadiri acara Karpet Merah di Golden Globe Awards Ahad ini.
Gelagat lain Pak Nil bersama dengan artis-artis Hollywood.