Inilah Gambaran Wajah Michael Jackson Sekiranya Masih Hidup

Wajah sebenar Jacko?

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Wajah sebenar Jacko?


Siapa tidak kenal dengan Michael Jackson. Bintang terkenal antarabangsa yang melakukan lebih dari 100 kali pembedahan sehingga hampir merosakkan wajahnya sendiri.

Perubahan demi perubahan dapat dilihat daripada awal pembabitan Michael Jackson dalam bidang seni sehingga wajah terakhir ketika dia meninggal dunia pada Jun 2009.

Namun gambar diatas merupakan gambaran wajah Michael sekiranya dia masih hidup tanpa sebarang pembedahan pada wajah.

Asalnya cuma satu prosedur untuk mecantikkan hidung, namun legenda pop Michael Jackson kemudian menghabiskan 30 tahun usianya melakukan lebih 100 pembedahan kosmetik ‘membetulkan’ wajah yang akhirnya semakin jauh daripada yang asal.

Ada yang berpendapat dia mahu kelihatan seperti sahabat dan idolanya, Diana Ross, tetapi tidak kurang juga rakannya menganggap Jackson sekadar tidak ingin menyerupai ayah yang dibencinya.


Semuanya didedahkan dalam dokumentari baru mengenai obsesi Jackson untuk mengubah wajahnya kerana dipercayai menghidap sindrom ‘body dysmorphic disorder’ (gangguan dismorfia badan).


Ia memaparkan wajah Jackson sekiranya masih hidup hari ini tanpa melalui sebarang pembedahan kosmetik.

Malangnya, pada saat kematian pada 2009 identiti Jackson seolah-olah terus lenyap termasuk sebagai lelaki berketurunan Afrika Amerika. - Agensi

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.