Filem "Fast & Furious 7" yang baru sahaja ditayangkan awal bulan lalu telah mencatatkan kutipan yang sangat memberangsangkan sebanyak RM1.4 billion.
Walaupun filem itu masih ditayangkan di pawagam, namun perancangan untuk menerbitkan filem kelapan itu sudah pun mula tersebar meluas.
Universal Pictures yang bertindak selaku penerbit untuk francais filem ini dikatakan kini mengintai aktres Eva Mendes untuk kembali beraksi dalam "Fast & Furious 8" yang bakal menjalani penggambaran di New York dalam masa terdekat.
Eva ditawarkan untuk membawa kembali wataknya dalam filem terdahulu Monica Fuentes dan pihak produksi kini sedang menunggu kata putus daripada aktres tersebut.