Senarai Movie & Drama Korang Wajib Tonton Semasa Di Rumah, 'Confirm' Tak Boleh Move On!
Senarai Movie & Drama Paling 'Mind-Blowing' Korang Wajib Tonton Semasa Di Rumah, 'Confirm' Tak Boleh Move On!
SPOILER ALERTTT!!!
Bila kena 'stay at home' ni, ramai yang buntu sebab tak tahu aktiviti apa lagi nak dibuat di rumah, kan?Rileks! Kali ini kami senaraikan movie & drama terbaik yang korang wajib tonton di rumah.
Movie : Perfume The Story of a Murderer (2006) Genre: Drama/Thriller | Durasi 2h 27m | IMDb:7.5/10
Movie Thailand: Heart Attack (2015) Genre: Romance/Drama | Durasi 2h 12m | IMDb:7.7/10
Hari ni aku kongsi sebuah filem romantic komedi dari Thailand tajuk dia Heart Attack. Studio yg same keluarkan movie "I Fine..Thank You" dan "ATM:Er Rak Error". Tp Heart Attack tak la terlalu kelakar sgt nk compare dgn dua Movie ni. Heart Attack ni sebuah filem romantic comedy yg santai, dia pnye sweet tu korg kene rase sndri, tak terlalu push utk sweet dan sebuah filem romantic comedy yg tak jiwang. Haaa mcm mne 2 korg kne tgk sendri. Tp lain org lain taste.
Filem ni menceritakan seorang Freelance designer yang sgt2 bz byk sgt job die dpt. Satu hari dia perasaan badan dia timbul bintik2 merah. Dia pergilah jumpa dokter, nk jadikan cerita dokter 2 cun pulak. Doktor tu bagi taw die yg die hanya kene alergi je. Doctor 2 suggest utk elakan bende yg boleh mendtgkan alergi. Disebabakn si Freelance ni tgk Doktor ni cun dan dia nk jmpe doktor dia langgar pantang larang yg dokter 2 bg. Selebihnya kene tgk sndiri.
Cerita ni simple je. Jalan cerita pun simple tp die pnye manis 2 bg aku sampai la. Scence2 dia dgn doktor 2 pun xbyk mane pun. Tp yg xbyk 2 la korg rase kemanisanye.. Personal rating 8/10
Movie: Sleepers (1996) | Genre: Crime/Drama/Friendship | Durasi 2h 27m | IMDb:7.6/10
Akibatnya 4 budak nie dihantar ke pusat Juvana untuk pemulihan akhlak. Kt situ 4 guard Nokes, Ferguson, Styler dan Addison selalu mendera budak 4 orang nie; secara seksual dan fizikal. Apa kesudahan budak2 tu?
Barisan pelakon besh2. Bagi aku, movie nie kekal sebagai salah satu drama terbaik dari era tu, cerita menyentuh hati pasal persahabatan. ❤️
Movie: Hafalan Shalat Delisa (2011) | Genre: Keluarga/Adaptasi Novel | Durasi 2h 30m | IMDb:6.6/10
Filem arahan saudara Sony Gaokasak di adaptasi dari novel. Filem ni kisah tentang tragedi Tsunami yang berlaku di Acheh. Cerita ni Fokus dia terhadap seorang gadis kecil bernama Delisa dia tinggal dengan keluarga dia di Lhok Nga, kampung kecil dekat dgn pantai Acheh. Ayahnya pula, Abi usman bekerja belayar di Kapal. Delisa byk habiskan mase dgn ibu,serta ketiga2 kakaknya Fatima dan sikembar Aisyah, Zahra.
Sebelum Tsunami menimpa Acheh, Delisa dan ibunya sedang bersiap utk ujian solat satu gempa bumi sgt dasyat terjadi. Tidak lama selepas 2 Tsunami pun menimpa desa kecil 2. Tubuh Delisa hnyut bersama ratusan ribu yg lain. Setelah lama pengsan Delisa diselamatkan tentera USA Mr.Smith. Walaupun selamat kaki Delisa cedera teruk dan harus dipotong. Ahli keluarga Delisa yang lain meninggal dunia sementare ibunya masih hilang. Selebihnya kena tonton sendiri.
Ape yang menarik pasal filem org sekeliling Delisa yg sgt supportive, mereka cuba mengembirakan seorg anak kecil yg telah kehilangan seluruh ahli keluarganya. Lakonan anak kecil bernama Delisa mmg membuatkan filem ni jd sgt berkualti dan bagus.
Movie: Valkyrie (2008) | Genre: War/Thriller
Durasi 2h 4m | IMDb:7.1/10
Movie: Big Game (2014) | Genre: Action/Adventure
Durasi 1h 50m | IMDb:5.4/10
Sebuah pesawat telah ditembak jatuh oleh terrorist. Namun ada seorang lelaki terselamat tetapi ia terdampar di hutan belantara Finlandia. Pada Ketika itu hanya ada seorang budak lelaki yg bernama Oskari berada di hutan kerana ingin membuktikan kebolehan berburu kepada ayahnya. Namun apa yg dijumpai adalah seorang lelaki tidak dikenali telah cedera akibat terjatuh. Lelaki itu merupakan Presiden Amerika Syarikat yg sedang diburu terrorist
Movie: Willy's Wonderland (2021) | Genre: Horror/Thriller
Durasi 1h 29m | IMDb:5.9/10
Untuk membayar kos pembaikannya, pemandu kereta tunda menawarkan kerja membersihkan pusat hiburan bandar itu yang dinamakan Willy's Wonderland untuk satu malam. Tiada pilihan lain, pengembara itu terpaksa menerima tawaran tersebut.
Di dalam pusat hiburan itu, dia mendapati ada lapan robot animatronik.
Apa yang tidak dimaklumkan kepada pengembara tersebut oleh pemandu itu ialah pengurus asal pusat hiburan itu sebenarnya seorang pembunuh bersiri yang mengambil tujuh kuncu-kuncunya sebagai pekerja pusat tersebut. Apabila pihak Bureau of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives (ATF) mengepong pusat itu setelah terlalu banyak mangsa dilaporkan hilang, mereka mendapati pengurus serta para pekerjanya telah membunuh diri dalam satu upacara puja syaitan.
Perkara ini sebenarnya telah memindahkan roh mereka ke dalam robot animatronik pusat tersebut di mana mereka bebas untuk menjalankan kegiatan membunuh mereka semula. Dapatkah pengembara tersebut bertahan untuk satu malam berdepan dengan lapan robot animatronik yang dirasuk roh pembunuh?
Filem ini telah mendapat bantuan kewangan penerbitan dari FINAS dalam bentuk 30% rebat tunai. Ya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia kita sendiri. Nak tahu kenapa mereka beri bantuan itu? Tonton sendiri filem ini. MALAYSIA BOLEH! 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾
Drama: One Litre of Tears (2005) | Genre: Family
1 Season | IMDb:8.8/10
tengok siri ni bukan setakat satu liter air mata, berbakul-bakul meleleh, tinggal letak baldi je kompom penuh dengan air mata. . setiap kali terobek cerita ni, mesti menangis lagi huhu..
Inspirasi dari kisah benar. Kisah Aya, gadis aktif bersukan, rajin tolong mak ayah dalam bisnes tofu, dunia bagai berhenti berfungsi untuk dia selepas dia di diagnos satu penyakit misteri yang tiada ubat.
Penyakit misteri yang akan buatkan semua deria dalam diri dia berkurangan setiap hari, menjadikan diri dia harini dah tak akan sama dengan diri dia esok...kalau budak2 remaja sebaya dia fikirkan cita-cita nak jadi apa hari esok...Aya akan fikir apa yang akan hilang dari diri aku esok....semakin hari semakin deria berkurang, mula-mula susah nak jalan, lepas tu menulis, lepas tu bercakap, sampailah dia mati.
Seriously cerita ni sangat wholesome, banyak pengajaran tentang hidup dan macam mana kita react dengan dugaan yang menimpa kita....kalau nak tengok disarankan tengok sorang2...sebab confirm akan leleh macam musim tengkujuh...sediakan tisu banyak2....
Drama ni ada 11 episod je, tapi rasa sangat panjang & lama je timeline dia....bila habis 11 episod dia punya feel dia rasa macam kehilangan yang sangat besar.
Rating 9.9/10 Boleh tengok kat youtube full episode ada siap subtitle english
Movie: Friend Request (2016) | Genre: Horror/Thriller
Durasi 1h 32m | IMDb:5.3/10
Kisahnya bermula dari Laura, yang menerima permintaan Marina untuk jadi rakan di Facebook.
di mana Marina ni jenis pendiam, pemalu dan tak ada kawan Entah kenapa dia ni berkenan sangat nak kawan dengan Laura. Satu hari mereka ni gaduh sebab berlakunya salah faham Jadi, sakit hati punya pasal Laura buat keputusan untuk Remove Marina dari facebook miliknya. Oleh kerana kecewa Marina disahkan mati bunuh diri dengan membakar dirinya sendiri Namun, apa yang pelik video pembunuhan diri Marina telah diupload ke wall facebook Laura tanpa pengetahuannya. Paaling seram video tu tak boleh nak delete bahkan facebook Marina pun tak dapat diblock
Movie: The Hundred-Foot Journey (2014) | IMDb:7.3/10
Personal rating: 7.4
Cerita mengesahkan sebuah keluarga India, Kadam yang berhijrah ke France, pastu membuat keputusan untuk membuka restoran India betul-betul depan restoran French milik Madame Mallory yang bertaraf Michelin. So bermulalah persaingan kulinari sengit antara dua restoran yang kontra dari segi citarasa dan budaya.
Aku suke cerita nie sebab dua-dua budaya French dan India, amat dekat dengan hati aku dan pasal makan plak tu kikiki. Dan Helen Mirren memang antara favorite actress aku. Feel good movie. 😍
Movie: The Little Things (2021) | IMDb:6.3/10
Sebuh filem yang bagus untuk 2021,rasa macam late 90s,dulu-dulu zaman late 90s banyak filem-filem crime thriller hebat macam Se7en, The Bone Collector dan seangkatan.
Sinopsis ⚠️
Gadis-gadis diculik dan dibunuh. Mayat mereka diperlakukan dengan aib.
Pelakunya masih berleluasa, masih belum dapat ditangkap.
Seorang polis yang agak veteran sudah meninggalkan kerjaya gemilang di jabatan jenayah, kini dia mengikut naluri untuk sama-sama berganding bahu bersama seorang polis muda untuk menjejak penjenayah yang dulu gagal dikesannya.
Pembunuh bersiri psycho yang licik, yang tidak pernah meninggalkan sebarang jejak untuk dikesan.
Memori silam, kenangan pahit sering menghantui.
Filem ni memang menggamit memori tentang beberapa filem lama, ending fuhhhh, bagi pusing kepala. Padu!!
Peringatan : filem thriller macam biasa slow paced lah ye.
Drama: The Uncanny Counter (2020) - Korean | IMDb:8.1/10
Platform: Netflix
Empat anggota kumpulan The Uncanny Counter terdiri daripada Ga Mo-tak (Yoo Jun-sang), Do Ha-na (Kim Se-jeong), Choo Mae-ok (Yeom Hye-ran) dan So Mun (Jo Byung-gyu). So Mun menjadi anggota keempat selepas kematian salah seorang anggota The Uncanny Counter iaitu Jang Cheol-joong (Sung Ji-ru) semasa melawan roh jahat tahap ke 3.
Rating 9/10
Movie: The Banker (2020) | IMDb:7.3/10
Platform: Apple TV+
Inspired by a true event semasa era 1960-an. Dikala fahaman aperteid sangat menebal dikalangan rakyat di negara Uncle Sam. Di sini kita boleh lihat bagaimana teruknya bangsa Negro di layan di Amerika sehinggakan utk memiliki/membeli sebuah rumah kediaman di wilayah Orang Putih pun menjadi suatu kesalahan sivil dan tidak keterlaluan jika dikatakan umpama suatu kesalahan jenayah di Amerika pada ketika itu.
Kisah ini bermula apabila Bernard Garret lakonan Anthony Mackie, seorang genius yang diwaktu kecilnya memilih utk menjadi penggilap kasut di hadapan sebuah bank di Texas (jika tak silap saya). Rupanya si Bernard ni adalah seorang kanak2 genius matematik.
Acap kali selepas menggilap kasut, beliau akan mencuri dengar perbualan manager bank dan menafsirkan perbualan tersebut di dalam formula matematik fahaman beliau. Melalui latihan tersebut beliau di usia remaja daripada menjadi seorang broker hartanah bertukar menjadi pemilik bangunan bank² (Bankers Building) dan seterusnya memiliki sebuah bank.
Pada ketika itu Negro adalah salah utk memiliki harta akan tetapi Bernard dgn bantuan Joe Morris lakonan Samuel L. Jackson dan Matt Steiner lakonan Nicholas Hault berjaya membeli sebuah bank dan seterusnya bank yang lain.
Walaubagaimanapun kerja² penipuan mereka berjaya dihidu oleh pihak berkuasa dan Bernard kemudian dihadapkan di Mahkamah Persekutuan Amerika. Apa yang terjadi seterusnya adalah dengan pengsabitan Bernard tersebut mengubah landskap pemilikan hartanah di Amerika Syarikat dan Bernard adalah seorang hero yang tidak didendang di sebuah negara yang kononnya sebuah negara yang paling 'civilised' di dunia.
Wajib tonton. Rating 10/10 saya beri.
Selamat menonton. 😊
Filem: Devil (2010) - Hollywood | IMDb:6.2/10
nak tahu kene tengok movie ni😁
Filem: A Day (2017) - Korean | IMDb:6.8/10
Kadang-kadang seronok rasanya jikalau kita dapat undur masa lalu, dan ubah semula ikut kehendak kita. Tapi jika hari dan waktu yg sama berulang-ulang kali, bagaimanakah rasanya? Ini berlaku kepada seorang doktor pakar yang terkenal, yang kebetulan menyaksikan tempat kejadian kemalangan kereta dalam perjalanan utk berjumpa dgn anak perempuannya. Kebetulan gadis yang mati dilanggar teksi itu adalah anak perempuan kesayangannya.
Tiba-tiba, semuanya berulang seperti déjà vu. Perkara yg sama berulang-ulang kali, dan waktu yg sama. Namun, doktor tersebut menyedari bahawa dia bukan satu-satunya yang berusaha menyelamatkan orang yang disayangi dalam putaran waktu yang tiada berkesudahan.
Doktor tersebut dan seorang lagi mangsa keadaan, berusaha dan bekerjasama utk merancang semula masa depan daripada berulang kali berlaku terhadap mereka. Namun, dapatkah mereka berdua mengubah masa kejadian tersebut?
Well screenplayed and great time loop. Loop dia lebih kurang macam Edge of Tomorrow lakonan Tom Cruise. Cuma jalan cerita je lain.
Filem: Identity (2003)- Hollywood | IMDb:7.3/10
Petang tadi, aku gatal-gatal tangan pergi search kat Google. Aku taip "best plot twist film all the time". Aku pun tak tahu betul ke tak grammar aku tu. Aku bedal je. 😆 Sekali muncullah senarai filem dan citer ni ada dalam list tu. Sayangnya, aku terbaca spoiler plak! Hampeh betul! Tapi tak apa, aku tetap tonton sebab trailer dia sangatlah menjanjikan sesuatu!
SINOPSIS
Percayakah anda KEBETULAN itu benar-benar keajaiban yang sukar diduga? Begitu jugalah dengan kisah yang digarap dalam filem ini. Beberapa orang yang saling tidak mengenali antara satu sama lain terkandas di dalam hujan lebat dan banjir kilat yang menyebabkan mereka tak dapat nak teruskan perjalanan.
✅Keluarga dan kanak-kanak lelaki
✅Pelacur yang ingin mengubah hidup
✅Polis dan penjenayah
✅Pemandu dan pelakon terkenal
✅Pengantin yang baru 10 jam kahwin
Kesemua mereka terperangkap dan terpaksalah bermalam di motel kecil itu. Tiba-tiba, pada waktu malam, seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu tu, terjumpa mayat pelakon terkenal di dalam mesin basuh! Yang ada hanya KEPALA sahaja! Badannya hilang! Lebih mengejutkan, terselit kunci bilik nombor 10 di tempat kejadian!
Kes menjadi lebih gempar apabila seorang demi seorang mangsa ditemui mati dan di sisi mayat mereka juga turut ditemui kunci bilik bernombor! Uniknya, nombor itu seperti berturut an. Dari 10, kepada 9 dan begitulah seterusnya.
Identiti seorang demi seorang mula terbongkar sehingga mewujudkan keraguan antara semua pihak! Rahsia diri masing-masing yang mempunyai sisi gelap tersendiri!
Apabila rahsia mula tersingkap, semua orang saling tuduh-menuduh! Sayangnya, mereka kini berada di jalan buntu apabila mayat-mayat yang dibunuh itu HILANG tanpa jejak. Bukan sahaja hilang, bahkan kesan darah dan sebagainya juga tidak wujud!
😱Ke mana pergi mayat-mayat tersebut?
😱Apakah rahsia yang disimpan mereka?
Dan..
😱Siapakah DALANG di sebalik semua ini?
Sejujurnya, meskipun aku TERbaca spoiler tentang pembunuh sebenar, tapi aku masih berpuas hati dengan filem ni sebab PLOT Twist ya bukan satu. Tapi ada lagi yang dirahsiakan oleh pengarah filem ini. Selayaknya tersenarai sebagai filem plot twist terbaik sepanjang masa! - Oleh Fikri Fiq
Movie: Bilal: A New Breed of Hero (2015)
Genre: Adventure/Animation ‧ Durasi 1h 50m | IMDb:7.9/10
Apabila saya tonton, patutlah Barat suka, sebab filem ini tak nampak terlalu islam, mesej islam terlalu tersembungi dalam filem dan saya seolah olah menonton Bilal versi yang lain, bukan versi Bilal yang saya kenal.
Namun pujian saya berikan kepada animasi 3D yang sangat cantik, setaraf Pixar atau Disney Filem. Gambaran tanah arab yang cantic, malahan Watak Kuda sangat “hidup” termasuk watak “helang”. Tak lupa, waktu End Credit, lukisan tangan dibelakang nama pembikin filem sangat indah.
Bila saya baca pembikinan filem Bilal, wah, sangat dahsyat! 20 negara berkerja sama nak buat animasi ini, babak burung helang sahaja perlukan masa selama 10 bulan nak siapkan, dengan 5 tera Byte punya saiz untuk setiap babak burung tu.
Lepas tu kuda pulak, 2 tahun masa yang diperlukan untuk siapkan animasi yang cantik tu, siap dengan bulu rambut kuda semua berjumlah 2 juta helai yang perlukan masa 4 jam untuk proses render bagi setiap single frame!
Lepas tu babak perang Badar, adalah babak peranng beramai ramai yang terpanjang dalam dunia animasi dengan 1000 kuda yang detail, 1300 manusia, pedang, perisai, panah, dan perlbagai aksesori, pergghh, memang kerja yang sangat tekun dan sabar.
Waktu Malaikat datang tolong, adalah moment yang best untuk movie ini.
Kisahnya simple, Bilal diseksa, lepas tu Abu Bakar beli, pindah ke Madinah, lepas tu Orang Kafir datang serang Madinah, kemudian dalam perang, Bilal dapat peluang bunuh orang yang siksa dia dahulu. Lepas tu babak Sahabat Hamzah dibunuh terlalu cepat suntingannya, dan filem pun habis.
Jadi apa komen saya?
Macam saya cakap tadi, Jika saya tak kenal Bilal, maka filem ini Okey, hero kena tindas dan dapat peluang membela, lepas tu habis dan hidup di teruskan. Babak azan pun tiada detail dalam movie ini, adohai…
Tapi jika sayalah di beri peluang menulis kisah Bilal, maka saya akan bermula dangan kisah Bilal sedang menjadi orang kaya di Syam, sebelum pakai pakaian mewah, terlihat parut parut di badannya, kemudian beliau memberitahu isterinya yang cantik, beliau bermimpi bertemu dengan Nabi yang bertanya khabar, kenapa sudah lama tidak menziarahi Madinah?
Lalu beliaupun bertolak ke Madinah, sampai sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu. Lalu Bilalpun membuka cerita kisah awal hidupnya dahulu.
Imbas kembali, Bilal bin Rabah adalah seorang hamba berkulit hitam, and nobody care! Zaman itu hamba dipaksa bekerja siang dan malam, jika engkar akan diseksa. Dalam keadaan hidup penuh derita, tiba tiba datang seorang orang merdeka mahu berkawan dengannya, melihat Bilal yang kepenatan mengsar gandum, Nabi Muhammah suruh dia rehat, dan Nabi tolong Bilal kisarkan gandum.
Malam esok Nabi datang tolong lagi, dan tanpa sebarang kata kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu kerana mamat hensem mana ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba yang tiada rupa, adohai...
Sepanjang tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat aku seorang hamba berkulit hitam? Lalu pada malam ke tiga, bilal pun bertanya, apa kamu mahu Muhammad?
Nabipun bagitahu tentang islam dan keinginannya mengajak bilal masuk islam, dan bagaimana Islam itu hanya bertuhankan satu, dan janji akan masuk syurga jika iman betul walaupun seorang hamba. Harapan kini datang dalam diri seroang hamba, jika dahulu mati lebih baik dari terus diseksa, kini mati itu indah bagi orang yang beriman! terus bilal masuk islam dan menjadi antara 10 sahabat terawal masuk Islam.
Kebahagian Bila tidak lama, sebaik tuan Bilal Si Umayah dapat tahu hambanya masuk islam, Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam. Bilal ada susuk badan yang kuat hingga si cemeti rasa penat pukul Bilal, tapi tetap Bilal tidak berganjak dari Islam.
Waktu itu Keluarga Yasir dibunuh kejam kerana masuk Islam, Sumayyah ditombak oleh Abu Jahal kerana masuk islam, tapi bilal tidak dibunuh, diseksa perlahan lahan agar menjadi pengajaran pada hamba yang lain. Setelah sepanjang malam dicemeti, maka di siang hari, Tuan Umayah telah jemur Bilal di tanah lapang, yang mana tangan dan leher di ikat, lalu dihempap pula oleh sebuah batu besar sewaktu cuaca sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir yang panas terik.
Tapi, apa kata Bilal?
“Ahad, Ahad…” Yang bermaksud: aku tetap beriman pada Allah yang Satu!
Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar dan kini dia menjadi orang yang bebas, namun islam belum merdeka di tanah Mekkah, maka Bilal terpaksa berpindah bersama Nabi ke Madinah. Di sana, Bilal terus menjadi sahabat Nabi yang terkenal, mendampingi Nabi siang dan malam, dan dilantik menjadi Menteri kewangan baitul Mal.
Dan paling epic, bila Nabi bermesyuarat bagaimana nak panggil orang dayang bersolat, maka sorang sahabt bermimpi malaikat ajar azan, dan Nabi perintahkan Sahabat itu ajar Bilal kerana suaranya yang kuat dan lantang, lalu bergemalah masjid Madinah dengan azan dari Bilal!
Bila Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal.
Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya bilal dan bagitahu pada Nabi bahawa pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah untuk bekerja ditempat lain dan bila dah dapat duit akan datang balik tebus hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. Ada orang bagi hadiah yang sangat banyak hingga Nabi dapat tebus kembali maruah Bilal yang sedang bercuruan air mata.
Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat selama-lamanya.
Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata Bilal: amalan sentiasa memperbarui wudhu..
Tuan tuan dan Puan puan, amalan mengambil wudhu walaupun nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit mengundang seribu rahmat!
Dipendekan cerita, berlakulah Perang Badar yang mana 1200 tentera kafir lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah. Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat termasuk Bilal.
Orang Islam hanya ada dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali. Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam. Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili Ansar.
Dalam perang inilah Bilal dapat membunuh orang yang siksa dia dahulu.
Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat, dan ini sangat menyedihkan Bilal, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi, air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu beliau berpindah ke Sham dan dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana, satu hari Nabi Muhammad SAW kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa dah lama tak ziarah saya? Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah, sampai sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu. Tak lama Bilal di Mandinah, semua tembok bangunan mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW dan beliau kembali pulang ke Syam.
Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih sebab abang bilal sayang dah nak meninggal dunia. Tapi jawab Bilal..
“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam hidup abang, Nabi Muhammad SAW…” Air mata pun berlingangan..
Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian lama.. Tuan tuan dan ibu ibu sekalian,
Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak? Kepada Allah aku sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Aku juga rindu kepada Bilal!
TAMAT.
Semoga Woha sampai syurga!
Movie: Tenet (2020) Genre: Action/Sci-fi ‧ Durasi 2h 30m | IMDb:7.5/10
TENET ni adalah gabungan kepada TEN TEN, yang disusun Depan-Belakang, membuakan menjadi TENET, itulah tema filem ini, sekejap kau ke depan, sekejap kau ke belakang. Dan kenapa TEN? sebab ending filem ini berkenaan TEN minit terakhir yang "TEN TEN" menjadi TENET.
Babak akhir ada dua team askar, satu geng Warna Biru dan satu lagi geng warna merah yang mana mewakili warna masa untuk depan belakang berdasarkan Doppler effect, gelombang merah ke depan, dan gelombang biru ke belakang. Jadi Team merah berperang dengan musuh dengan gerak masa ke depan, mana kala Team biru lawan musuh dnegan gerak masa ke belakang.
Selain dari merentas masa secara mengundur, filem ini juga fokus pada drama hubungan suami yang melayan cinta dengan cara kejam, ibu yang sanggup buat apa sahaja demi anak, erti persahabatan dalam tugas, keberanian dan kesetiaan dalam hidup, juga focus kepada gaya hidup orang kaya, serta kisah hidup perisik ala ala James Bond bila bergerak solo, dan campur misi ala-ala Mission Imposible bila minta bantuan team.
Balik kepada tajuk: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan? kenapa?
Kerana waktu tonton filem ini, saya terfikir tentang konsep Chaos to in order, filem ini tujukkan bagaimana sesuatu yang rosak boleh kembali kepada stabil.
Dalam dunia fizik, bila kita pecahkan telur, maka telur pecah, dan tidak akan bercantum lagi,atau kita tendang istana pasir ditepian pantai, maka istana pasir itu akan berkecai menjadi rata, atau kita bakar pokok kayu, maka pokok akan hangus di makan api.
Bermakna, dunia ini akan berjalan satu hala selamanya, iaitu dari elok kepada musnah, itu Fizik Ciptaan Tuhan sehingga dalam pepatah melayu ada menyebut, “Nasi Dah Jadi Bubur”, atau pepatah barat: “Jangan Menangisi Yang Susu Tumpah”..,atau “Jangan Gergaji Serbuk Kayu”.
Atau lebih deep, hadis Nabi ada menyebut, Susu tak akan kembali ke dalam puting, yang bermaksud pena takdir telah terangkat, dakwat takdir telah kering, catatan takdir telah tertulis..,
Maka dalam filem ini, hero tiba tiba terjumpa ada pistol yang boleh undurkan peluru, dapat tangkap balik peluru yang dah keluar, hero juga ada jumpa objek yang sudah di buang boleh kembali ke pangkuan, cermin pecah boleh bercentum kembali, begitu lebih kurang, eh? Macam mana boleh ada yang sesuatu yang rosak tiba tiba menjadi elok? Eh? Kenapa jadi macam tu?
Maka misi hero adalah mencari siapa yang cipta alat yang mampu undurkan masa melalui kaedah reverse Entropy ini dan akhirnya hero bertemu dengan Grandfather Paradox.
Di sini saya tak nak spoiler lebih lebih, kerana filem ni nak bagitahu kita bila ada sesuatu yang dah huru hara, tapi tiba tiba dapat dipulihkan menjadi sistem, maka sudah tentu ada PUNCA yang mengawal kejadian ini.
Gigih hero siasat mencari punca kejadian sepanjang penceritaan ini siap bertempur dengan dirinya sendiri yang versi terbalik, dahsyat!
Maka kata saya dalam hati waktu melihat babak hero mencari punca fizik terbalik maka tak terfikirkah kita bagaimana dari huru hara (letupan big Bang) tiba tiba alam ini tercipta dengan penuh sistematik?, yang mana lokasi bumi terbaik jaraknya dari mata hari, ada bulan sebagai pengawal pasang surut, ada sembilan planet menjadi perisau hentaman meteor, ada lapisan ozon yang membakar kemasukkan bedasing ke bumi.
Ada rasa nak kaji tak? Kenapa bumi ini sangat sangat dilindungi? Terfikir tak akan dari mana puncanya alam ini? Kenapa kita di sini? dan ke mana kita pergi? Lepas tu apa akan berlaku pada alam ini akhirnya nanti?
Jadi, mari kita renungkan, sewaktu kita melihat filem yang hebat, lalu kita memuji dengan berkata, sungguh hebat orang yang buat filem ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada pengarah abang Nolan walaupun kita tak pernah jumpa dengan Abang Nolan.
Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, yang mana setiap orang akan ada jalan cerita yang sangat hebat dan mengkagumkan, hingga kita memuji satu sama lain, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam yang menulis takdir walaupun kita tak pernah jumpa dengan Tuhan.
Ini kerana kita bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’? Lalu fitrah kita akan yakin bahawa Tuhan itu wujud.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia ini, siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk jawab soalan ini, mari kita kembali kepada Filem Tenet, yang mana hero akhirnya bertemu dengan Grandfather Paradox. Iaitu Golongan masa hadapan percaya, jika mereka membunuh nenek moyang di masa lalu, maka masa depan anak cucu dapat diselamatkan, padahal tiada nenek moyang, maka tiadalah anak cucu, maka berlakulah Grandfather Paradox.
Bagi yang tidak tahu apa itu paradox, ianya adalah satu istilah bagi menerangkan situasi yang tidak boleh diselesaikan oleh akal, yang dikenali sebagai “Paradox”.
Secara mudah fahamnya, oleh sebab filem TENET ini bercerita tentang mesin masa, maka mari kita ambik tiga contoh paradox berkenaan mesin masa.
1. Ontological Paradox :
Dalam filem XX Ray arahan Aziz M Oman, beliau telah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan Hang Tuah dan sempat memberi idea, “Tak kan melayu hilang di dunia”, dan Hang Tuah yang tak pernah dengar ayat ini kagum dan menyebut berkali kali,
Jadi ini bermakna idea itu datang dari Aziz M Osman yang dapat dari membaca sejarah melayu yang kata itu dari Hang Tuah, jadi, dari mana idea itu datang? Dari Aziz M Osman? Atau Hang Tuah? Maka ini adalah Ontological Paradox.
2. Predestination Paradox :
Dalam filemTerminator, sekiranya Terminator tidak datang dari masa depan untuk membunuh Sarah Conner, maka Kyle Reese juga tidak datang, tapi jika Kyle Reese tidak datang, macam mana john Conner boleh ada kerana dialah ayah kepada John Connor, Jadi, dari mana John Connor bermula? Maka ini adalah Predestination Paradox,
Nak lagi pening korang tonton filem berjudul Predestination (2014) lakonan hebat Ethan Hawke, kisah aku perempuan, jumpa aku lelaki, aku kahwin dengan aku dapat anak juga seorang aku, anak aku kena culik dengan aku, aku kena bunuh penculik anak aku, rupanya aku yang culik anak aku, dan aku dibunuh oleh aku, tapi aku di tolong oleh aku, ha ha ha, pening tak?
3. Grandfather paradox :
Korang nak bunuh diri, tapi tahu bunuh diri itu boleh buat korang kekal dalam neraka, maka korangpun pergi ke masa lalu dan membunuh atuk kita yang masih muda supaya atuk tidak kahwin dengan nenek yang akan dapat ayah. Dan jika korang berjaya bunuh atuk korang, maka ayah korang tidak wujud, jadi.., korang datang dari mana? Inilah yang berlaku dalam filem TENET.
Golongan masa depan yang kecewa dengan kerosakkan masa hadapan oleh tangan tangan nenek moyang, maka telah cipta mesin masa untuk hapuskan nenek moyang dengan sangkaan, mereka boleh selamat sedangkan Grandfather paradox telah berlaku kerana tanpa nenek moyang, mereka semua tidak akan wujud.
Pening tak korang? Releks, jangan pening, perkara paradox biarkan sahaja ia dalam keadaan begitu jika korang tak nak gila isim… sebab Allah sendiri larang kita fikir tentang ZATnya yang tidak berawal dan tidak berakhir.
Tapi rujuk sejarah, dah lama soalan paradox ini dimainkan oleh ahli falsafah untuk rosakkan akidah orang beragama.
Paradox 1:
“Jika semua di ala mini di cipta Tuhan? Maka siapa yang cipta Tuhan?”
Nampak tak? Memang susah akal cetek manusia nak terima kenyataan ini.., manusia percaya bahawa setiap sesuatu ada permulaan dan ada pengakhiran, orang barat percaya yang kita ni berasal dari beruk sebab rupa beruk macam rupa kita, dan percaya beruk mungkin datang dari biawak, ada iras cuma takde bulu, dan biawak mungkin datang dari ikan berkaki, dan ikan berkaki datang dari ikan, dan ikan datang dari sel dan, dan, dan ,semua ini datang dari letupan big bang, dan letupan itu datang secara bang beng bong!
Tapi akan tetap timbul soalan, siapa yang mencipta letupan itu?
Ok, Tuhan yang mencipta letupan, tapi Tuhan datang dari mana, siapa yang cipta Tuhan? Boleh jadi pecah otak jika layan akal kita...
(saya akan jawab di hujung artikel untuk soalan siapa cipta tuhan, sila baca sampai habis)
Paradox 2:
“Jika Allah duduk atas Arasyh, sebelum Allah cipta Arasy, Allah duduk di mana?”
Pada awal islam, tiada soalan seperti ini kerana semua serah makna pada Allah akan makna setiap ayat Al quran, tapi bila datang ahli falsafah mempertikaikan ayat ini, maka wujud golongan yang Memujasimmahlan Allah dengan anggap Allah duduk atas Arasy macam Raja duduk atas Singgah Sana, lalu kerosakkan akidahpun berlaku, apa nak buat?
(kejap lagi saya jawab)
Paradox 3:
“Jika semua telah ditakdirkan dalam rukun iman ke enam? Kenapa kita kena pilih amalan yang baik dan buruk?”
Ramai orang jadi putus asa bila fikir ayat ni secara logic.., hingga menolak rukun iman yang ke enam, lalu muncul golongan Qadariah dan jabariah, yang keduanya adalah sesat, satu anggap semua Allah dah takdir maka jahatpun dari Allah, kita tak boleh si salahkan, satu lagi anggap Allah tak campur tangan dalam urusan manusia, semua dari kita, takdir itu tak wujud. Aduhh..
(baca sampai habis, nanti saya jawab)
Paradox 4:
“Bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya? Dan dalam masa yang sama, Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi?”
Jika kita jawab boleh, maka mustahil pedang dan perisai itu boleh wujud serentak, jika kata tak boleh, maka menafikan kuasa Allah, kejap lagi saya jawab.
Paradox 5:
“Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah?”
Tengok, dia pusing situ, jika jawab boleh, bermakna Allah akan lemah tak mampu angkat batu? Macam mana tu? Paradox ni bang mayat?
Ok, releks, semua free lagi ke? banyak juga soalan nak kena jawab ni, Abang mayat cuba jawab satu persatu.
Baik, untuk soalan pertama, jika semua dicipta Tuhan, siapa yang cipta Tuhan?
Maka untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh menembak?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu,
Maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkluk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa, tempat dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik, tempat dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Kemudian apa yang hebat kepada makhluk seperti melihat, mendengar, maka Tuhan adalaah Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Kemudian apa yang lemah kepada makhluk seperti mengantuk, tidur, penat, lapar, maka Tuhan langsung tidak mengantuk, tidak tidur, tidak penat dan tidak lapar!
Semua ini sudah dibincang oleh ulamak dalam Sifat 20 guna kaedah Asyaari atau Maturudi.
Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa
Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selepas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Sungguh hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan.
Ok, habis soalan satu, panjang gila jawapan, adohai, soalan lepas ni saya jawab ringkas sahaja.
Seolan kedua: Sebelum Allah ciptakan Arasy, di mana tempat bagi Allah?
Cara terbaik adalah serah makna “istiwa” pada Allah, tapi jika ada pihak yang tafsir dengan menghina Allah, melemahkan Allah, maka jika nak jawab boleh guna pendekatan Asyaari, atau Maturudhi, iaitu tempat adalah makhluk, tempat pun Allah yang cipta, maka Allah wujud tanpa perlukan tempat.
Bagi saya pulak, lebih suka guna istilah sains, iaitu Allah tidak terikat dengan fizik, masa, dan tempat, Allah tidak ada sebelum dan selepas, dan Allah tidak berawal dan berakhir, Allah sedia ada, dan Allah jua yang cipta demensi, masa dan tempat, Allah yang mulakan masa dengan t=0. Kerana masa juga dicipta oleh Allah. Simple. Maka Yakinlah kita bahawa Allah langsung tidak sama dengan mahkluk!
Soalan tiga bab takdir, saya pernah jawab panjang dalam artikel lain. Cara mudah faham, semalam adalah takdir, hari ini adalah pilihan, rancang yang terbaik untuk hari ini dan esok kerana esok juga akan menjadi semalam.
Nampak tak?
Soalan empat dan lima tak payah jawab sebab soalan itu dah salah, kerana Apabila soalan ini bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian,
Rujuk kepada jawapan dari nombor satu dan dua, “boleh” di situ telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk.
Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah melihat tanpa perlukan cahaya, dan Allah telah melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah. Allah punya rule: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima..
Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah tadi, sebenarnya merendahkan Maha Boleh, yang mana boleh mangangkat itu adalah setaraf bolehnya mahkluk…, Allah tak sama dengan yang baharu, Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya!
Lagi satu bab “boleh”, Allah Maha berkuasa dan tidak akan menghina dirinya Sendiri, bolehkah seorang raja pakai mahkota dari tahik? Jawapannya boleh tapi itu menghina diri raja itu sendiri, jadi soalan boleh ke Allah buat perisai dan pedang itu adalah perbuantan yang akan menghina Allah!
So, soalan seakan paradox itu bukan paradox lagi kerana soalan itu sudah salah, bodoh, dan menghina kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah.
Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang bodoh apatah lagi.
Al faham ke idop?
Akhir kata, bab soalan paradox tentang ketuhanan, tak perlu kita nak cuba jawab sebab kita terlalu lemah nak fikir tentang zat Allah. Usahkan bab Tuhan, bab ayampun orang tak boleh jawab, mana dulu, ayam atau telur?
Woha!
Ps: Saya bukan ustaz, jika ada penerangan saya yang salah, boleh tegur, kita sama sama belajar insyaAllah sebab George Wilhelm pernah berkata: Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah. – Paradox jugak. Woha!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date