Apabila Lauren Adkins bertentang mata dengan watak Edward Cullen daripada filem sekuel Twilight, ia adalah cinta pandang pertama buatnya .
Seperti kebanyakan gadis yang seusia dengannya , Adkins turut menaruh hati kepada watak pontianak tampan itu.
Edward Cullen, yang dilakonkan oleh Robert Pattinson, menjadi fenomena dan poster wajahnya sering menghiasi dinding kamar jutaan populasi wanita seluruh dunia.
Namun, Adkins mengambil langkah maju setapak dengan mengahwini keratan kadbod watak
pujaannya!
Infatuasi melampau Adkins ini pada mulanya hanya diketahui oleh teman-teman rapatnya sahaja .
Namun bukan sahaja
kadbod berharga USD20 (RM 66) itu menjadi teman tidur wanita itu, malah dia turut membawa
‘abam’ Edward itu kemana-mana sahaja beliau pergi termasuklah restoran mewah untuk menikmati
makan malam romantik berdua, menonton wayang malah melepak bersama rakan-rakan.
Adkins yang berasal dari Las Vegas berkata, obsesinya terhadap pengakhiran kisah ‘fairy tale’ yang
romantis bermula sejak kecil lagi,
“Semasa kanak-kanak, saya amat gemar menonton kartun Snow White and The Seven Dwarfs dan
Cinderella. Apabila sahaja saya mula meningkat dewasa, minat saya beralih ke arah filem romantik separti siri
Twilight pula.”ujarnya sambil tersenyum .
Selepas kesemua hubungan cintanya dengan lelaki kecundang di tengah jalan, Adkins mula sedar bahawa Edward Cullen mempunyai semua ciri-ciri yang dia mahukan sebagai teman hidupnya .
Tambahan pula, salah seorang rakannya berpendapat, oleh kerana dia meluangkan hampir sepanjang
masanya dengan potongan kadbod berketinggian 6 kaki itu, baik nikah sahaja.
“Jadi saya terfikir, ’Hm,mengapa tidak? Dan dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kadbod
ini,” ceritanya.
Apakah kualiti yang ada pada Edward yang buatkan Adkins tak keruan sangat tu? Jelas wanita
berusia 25 tahun itu,”Dia seorang pendiam dan misteri, namun mempunyai kehidupan rahsia yang
menerujakan.” Ya lah kak,pontianak pun pontianak lah.
Tambah Adkins lagi,” Saya merasakan dia begitu seksi sekali dan sekarang, dia milik saya sepenuhnya!” ujarnya lagi .
Adkins telah membayar hampir jumlah USD3,200 untuk majlis perkahwinannya di Viva Las Vegas Wedding
Chapel, yang merangkumi kos parti bujang, jamuan untuk 50 orang tetamu,gaun pengantin dan
cincin pertunangan.
Pengantin wanita kelihatan anggun dalam busana serba putihnya, dan kadbod kesayangannya juga
khabarnya ‘macho’ dengan persalinan tuksedo yang diperbuat daripada kertas.
“Kesemua lelaki yang pernah saya dampingi bukannya bagus pun. Sekurang-kurangnya, berkahwin
dengan objek tidak bernyawa ini saya tahu dia tidak akan sekali-kali curang atau hancurkan hati
saya!” ujarnya .