Gegendang telinga Justin Bieber pecah


Justin Bieber jalani pembedahan kerana gegendang telinga pecah

Bintang pop terkenal Justin Bieber bakal menjalani pembedahan bagi membaik pulih gegendang telinganya yang pecah akibat melakukan aksi terjun dari tebing yang dikenali sebagai 'tombstoning'.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Justin di laman sosial Twitternya yang turut memberitahu doctor telah menasihatinya supaya menjalani pembedahan segera.

"Masalah ini mungkin mengganggu sedikit namun saya akan tetap menghasilkan lagu baru untuk peminat," katanya.

Dalam pada itu, Justin yang kini sedang memperbaiki gaya hidupnya untuk memulihkan imejnya malah tidak lagi minum arak.

"DIa tidak lagi minum arak dan berhenti makan makanan tidak sihat. Dia memang menghadapi masalah beberapa bulan lalu dan berharap ini akan membantunya pulih kembali," ujar sumber yang dekat dengan Justin.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.