Antara punca Yusuf Islam membatalkan konsertnya di New York


Yusuf Islam batal konsertnya di New York kerana harga tiket mahal

Yusuf Islam ketika membuat persembahan pada Majlis Induksi Rock and Roll 2014 di New York

Cat Stevens atau nama Muslimnya, Yusuf Islam membatalkan persembahannya di New York selepas mengumumkan persembahan di enam bandar raya.

Yusuf berkata dalam Facebooknya bahawa beliau tidak akan meneruskan konsertnya itu kerana syarat yang dikenakan untuk menggunakan tiket kertas menyebabkan harga jualannya menjadi lebih tinggi.

Yusuf baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau bercadang mengadakan konsert bagi mempopularkan 'blues album' yang akan dijual pada 27 Oktober depan. Persembahan konsert itu adalah yang pertama dalam siri pertunjukan di Amerika Utara sejak 1976.

Yusuf berkata beliau sudah lama menyokong tiket tanpa kertas bagi mengelakkan 'orang tengah' yang membelinya dengan banyak dan kemudian menjual dengan harga tinggi.

Beliau berharap dapat kembali ke bandaraya New York pada masa depan. - AP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.