Rancangan Simon Cowell Asia's Got Talent di Kuala Lumpur


Serlahkan bakat terpendam anda di "Asia's Got Talent"!

Anda sering teruja dengan bakat-bakat hebat yang sering ditampilkan menerusi program popular seperti "X Factor", "American Idol", "Britain's Got Talent" dan banyak lagi?

Kini, syarikat produksi terkemuka antarabangsa Fremantle Media Asia bakal menerbitkan sebuah lagi rancangan yang mencari bakat-bakat baru yang lebih tertumpu kepada negara-negara Asia iaitu "Asia's Got Talent!".

Antara negara-negara yang bakal menggegarkan program yang dijangka bersiaran pada awal tahun 2015 ini adalah seperti Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, India, Filipina dan juga Vietnam.

Bagi anda yang mempunyai bakal luar biasa seperti dalam bidang nyanyian, tarian, lakonan, silap mata, atau apa-apa sahaja bakat terpendam yang ingin diketengahkan, datanglah beramai-ramai ke ujibakat yang turut diadakan di Malaysia pada hari Ahad ini.

Ujibakat tersebut bakal diadakan di Taylor's University Lakeside Campus, Subang Jaya, Selangor pada 28 September bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam.

Jangan gusar jika anda baru sahaja berusia tujuh tahun mahupun sudah melangkaui status warga emas, penyertaan bagi ujibakat ini tiada sebarang had umur!

Jika tidak berpeluang menghadirkan diri ke lokasi tersebut, anda boleh juga menghantarkan penyertaan secara 'online' melalui rakaman video yang direkodkan dan diletakkan di laman Youtube.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai ujibakat ini di www.asiasgottalent.tv!

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.