Psy bakal meriahkan pembukaan Sukan Asia Incheon 2014!

Psy meriahkan pembukaan Sukan Asia Incheon 2014!

Penyanyi Korea Selatan yang menjadi fenomena dunia dengan lagunya "Gangnam Style" dijangka akan mengadakan persembahan istimewa sempena acara pembukaan Sukan Asia Incheon 2014 pada malam ini di Korea Selatan.

Menurut laporan The Korea Herald, Psy bakal muncul pada segmen terakhir upacara pembukaan sukan gilang-gemilang tersebut di Stadium Utama Incheon bersama beberapa lagi selebriti terkenal dari negara tersebut.

Acara yang bakal meriah dengan kehadiran ramai delegasi dari seluruh Asia dan Timur Tengah itu turut dihadiri oleh Presiden Korea Selatan iaitu Park Geun Hye.

Big Bang bakal memeriahkan acara penutup Sukan Asia Incheon 2014.
Sementara itu, kumpulan Big Bang pula dijangka tampil pada acara penutup sukan berprestij itu yang diadakan pada 4 Oktober depan.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak pengurusan kumpulan popular tersebut iaitu YG Entertainment.

Tahun 2014 bukanlah pertama kali Korea Selatan menjadi tuan rumah bagi sukan ini yang pernah diadakan pada tahun 1986 di Seoul dan berlokasi di Busan pada tahun 2002.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.