Ahli keluarga termuda Kardashian Kylie Jenner hasilkan rangkaian sambungan rambut


Kylie Jenner hasilkan rangkaian sambungan rambut

Ahli keluarga termuda dalam Kardashian–Jenner, Kylie Jenner telah mengumumkan kerjasamanya dengan jenama Bellami Hair bagi menghasilkan rangkaian sambungan rambut (hair extension).

Dipetik daripada laporan People, bintang televisyen realiti berusia 17 tahun ini telah memuat naik gambarnya menerusi laman sosial Instagram dan mengumumkan, "Akan datang! Kylie Hair Kouture.. Ikut akaun Instagram @bellamihair untuk maklumat lanjut!"

Kylie dilihat bakal menguasai dunia kecantikan selepas kakaknya, Kendall Jenner, berjaya mencipta nama dalam dunia peragaan dengan menyertai minggu fesyen untuk pelbagai nama-nama besar.

Adik tiri kepada Kim Kardashian ini sememangnya sering dilihat dengan pelbagai gaya rambut, maka tidak hairanlah jika dia berkecimpung dalam dunia perniagaan penggayaan rambut.

[Sumber Foto: Bellami Hair]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.