Pasangan Ryan Gosling, Eva Mendes Dedah Nama anak

Nama anak Ryan Gosling, Eva Mendes didedahkan

Selepas menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 12 September lalu, pasangan pelakon Hollywood terkenal, Ryan Gosling dan Eva Mendes telah menamakan anak mereka sebagai Esmeralda Amada Gosling.

Dipetik daripada laporan TMZ yang telah memuatnaik sijil kelahiran anak mereka itu mendedahkan Esmeralda telah dilahirkan di Pusat Perubatan Providence Saint John, Santa Monica, California.

Menurut satu sumber, Mendes mahu nama anaknya mempunyai kaitan dengan keluarga. Malah aktres jelita berusia 40 tahun ini pernah membawa watak Amada Juarez dalam drama jenayah "We Own The Night" pada tahun 2007.


Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sekitar musim luruh 2011 selepas bekerjasama dalam filem "The Place Beyond The Pines".

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.