Mario Lopez dedah pernah Meniduri Britney Spears


Mario Lopez dedah pernah tidur dengan Britney Spears

Pelakon dan pengacara Mario Lopez mendedahkan dalam buku biografinya, "Just Between Us" bahawa dia pernah meniduri seorang bintang pop terkenal dan beberapa sumber memberitahu Us Weekly dan mengesahkan artis yang dimaksudkan itu adalah Britney Spears.


Kata aktor berusia 41 tahun ini kepada Ellen DeGeneres, kejadian tersebut berlaku beberapa tahun yang lalu di Las Vegas.

"Saya cuba tidak memberi banyak petunjuk, tetapi ia mungkin berlaku enam atau tujuh tahun yang lalu... atau lapan tahun lalu?"

Malah pengacara "Extra" ini memberitahu dia dan penyanyi wanita tersebut masih lagi kekal rapat dan berkawan.

Ketika tempoh itu, Spears dan Lopez tidak menjalin hubungan dengan sesiapa dan masih solo. Penyanyi "...Baby One More Time" ketika itu telah berpisah dengan suaminya, Kevin Federline pada tahun 2006, manakala Lopez pula dikatakan berpisah dengan kekasihnya, Karina Smirnoff pada tahun 2006 hingga 2008.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.