Pelik! Pengasas WikiLeaks, Julian Assange bakal lancar koleksi fesyen di India

WikiLeaks bakal lancar koleksi fesyen di India

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange bakal melancarkan koleksi fesyen dan aksesori untuk pasaran di India dengan sebuah syarikat tempatan, Franchisee India.

Dipetik daripada laporan Times Of India, wakil WikiLeaks Olafur Vignir Sigurvinsson berkata, "India adalah salah sebuah negara dimana kesedaran tentang WikiLeaks adalah antara yang tertinggi dan Julian sangat teruja dengan cadangan ini."

Tambahnya lagi, dengan penghasilan jenama WikiLeaks ini, ia akan turut membantu mendapatkan dana untuk organisasi tanpa keuntungan ini memandangkan ia hanya bergantung kepada derma daripada orang ramai.

Organisasi ini juga kini sedang mencari rakan kongsi untuk pengedaran secara dalam talian untuk baju T dan baju sejuknya yang menampilkan slogan "Leaks exposing injustice" dan "Enemy of the state".

Rekaan koleksi ini dipercayai akan menampilkan wajah Assange dan hampir menyamai rekaan pakaian wajah pemimpin revolusi Amerika Selatan, Che Guevara.

Assange telah mengasaskan WikiLeaks pada tahun 2006 dan mula menjadi perhatian ramai pada 2010 selepas menyiarkan dokumen diplomatik tentera Amerika Syarikat yang didedahkan oleh tentera Chelsea Manning.

Assange, 43, telah tinggal di Kedutaan Ecuador di London sejak tahun 2012 selepas United Kingdom membuat keputusan untuk menghantarnya ke Sweden dimana dia dikehendaki untuk kes serangan seksual.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.