Banyak perubahan yang dapat dilihat sejak daripada album pertama Taylor Swift diriliskan sehinggalah yang terbaru iaitu "1989". Album ini menyaksikan Swift 'meninggalkan' genre country dan tampil dengan muzik lebih rancak.
Bukan sahaja dari segi karier muziknya, sisi peribadi Swift juga dilihat banyak perubahan. Wanita berusia 24 tahun ini telah menggunting rambutnya dengan lebih pendek, tampil dengan gaya lebih sofistikated serta masih solo dan tidak menganggap kekasih adalah satu kepentingan dalam hidupnya.
Namun bukan semua menyukai perubahan Swift, malah ada sahaja yang mengkritiknya. Walaubagaimanapun Swift yang lantang bersuara menegaskan dia sudah masak dengan kritikan serta tidak begitu kisah dengannya dan ia dapat didengar menerusi lagu single pertamanya dari album terbaru ini iaitu "Shake It Off".
"Lagu ini ("Shake It Off") mengisahkan bagaimana saya menangani kritikan, gosip dan sebagainya yang pernah dilemparkan kepada saya. Kini cara saya tanganinya adalah dengan gelakkan mereka semula. Saya tidak mahu rasa seperti seorang mangsa.
"Empat tahun lalu, saya pernah menghasilkan lagu "Mean" yang mengisahkan mengapa semua tidak berpuas hati dengan saya dan apa sahaja yang saya lakukan sentiasa tidak kena.
"Namun kini "Shake It Off" pula lebih kepada, 'Jika anda tidak suka dan rasa menjengkelkan apabila saya menjadi diri sendiri, saya akan tetap lakukannya dan saya lebih gembira daripada anda, jadi saya tidak ambil peduli'," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Billboard.
Bercerita tentang kisah peribadi, Swift mengakui dia lebih gembira dengan fasa kehidupan sekarang kerana dia melakukan segala yang perlu bagi memastikan segalanya berjalan lancar seperti yang dimahukannya.
[Sumber Foto: Billboard]