Minat Shakira reka permainan kanak-kanak

Shakira reka permainan kanak-kanak

Penyanyi pop terkenal Shakira telah bekerjasama dengan syarikat Fisher-Price untuk menghasilkan koleksi permainan kanak-kanak yang dijangka bakal berada di pasaran tidak lama lagi.



Dipetik daripada laporan People, penyanyi berusia 37 tahun ini telah mereka enam jenis permainan yang comel dan berwarna-warni, termasuk bola sepak lembut yang boleh bermain muzik dan merupakan sebahagian daripada koleksi First Steps.

"Apabila bercerita tentang perkembangan bayi, tahun-tahun terawal adalah paling penting kerana setiap permainan memberi peluang kepada bayi untuk mempelajari tentang dunia," ujar Shakira.

Selain daripada menghasilkan permainan, peminat juga boleh menyaksikan Shakira menceritakan pengalamannya bergelar ibu dan sebagainya dalam siri web 12 bahagian yang diterbitkan oleh Fisher-Price.

Shakira dan teman lelakinya iaitu bintang bola sepak Gerard Pique telah mempunyai anak lelaki bernama Milan yang kini berusia 21 bulan. Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Mengakui menjadi ibu mengubah perjalanan hidupnya, Shakira bagaimanapun bersyukur kerana ia banyak membantunya lebih fokus dan mempelajari tentang dirinya dan anak.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.