Lelong barangan milik Jacko diteruskan seperti dirancang


Lelong barangan milik Jacko diteruskan seperti dirancang

Pengarah Eksekutif Julien's Auction di Hollywood, Martin Nolan berkata, walaupun syarikat produksi Jackson mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikannya, lelongan dari 22 hingga 25 April ini akan tetap diteruskan.

Lelongan barangan milik penyanyi Michael Jackson akan diteruskan seperti yang dirancang.

"Kami sangat yakin lelongan tersebut akan berlangsung dan kami bangga dengan pameran yang akan mempamerkan item-item tersebut," kata Nolan kepada AFP dalam pratonton barangan berharga milik penyanyi pop terkenal Neverland Ranch itu.

Jacko telah kalah dalam pusingan pertama perbicaraan awal bulan ini apabila hakim Los Angeles mengenepikan percubaan untuk mendapatkan kontrak syarikat produksi dengan mengisytiharkan lelongan tersebut tidak sah.

Percubaan kedua syarikat produksi berkenaan untuk mendapatkan injuksi bagi menghentikan lelongan tersebut akan berlangsung esok.

MJJ Productions menfailkan saman ke atas Julien's Auction House di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada bulan lalu mengenai barangan dan peralatan peribadi milik penyanyi itu yang tidak ternilai dilabelkan untuk dijual tanpa mengikut penilaian yang dibenarkan.

Sementara itu, Nolan memberitahu syarikatnya menjangkakan pameran 1,390 barangan pelik dan cantik yang akan diadakan pada minggu depan akan mendapat sambutan daripada orang awam.

Koleksi termasuk barangan seperti ikonik Jackson, sarung tangan bertatahkan permata dan kereta mewah Rolls Royce, walnat dan emas 24 karat adalah antara barangan yang akan dilelong

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.